Jumlah Pengunjung

Friday 2 August 2013

LU LANGSI LU MATI !!! INI DAP GUA YANG PUNYA...



DAP seolah-olah cuba berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) seperti diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengenakan dua syarat baharu kepada pertubuhan itu.

Dua syarat berkenaan ialah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, tindakan memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima kerana menunjukkan sikap tidak demokratik dan satu penafian keadilan dalam proses undang-undang yang sepatutnya.

"Jika ini alasan dalam proses membuat keputusan oleh ROS, sudah pasti parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila akan dijadikan tebusan lantaran aduan mengarut dan tidak berasas.

"Tentunya pada masa depan tidak akan ada apa-apa yang boleh menghalang ROS daripada mengarahkan pemilihan semula diadakan pada bila-bila masa sesuka hati mereka tanpa perlu memberikan sebab munasabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.
ROS dalam surat itu dikatakan memberi alasan bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri dalam pada itu menambah, DAP berhak dimaklumkan tentang faktor yang membuatkan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan memandangkan segala dokumen sokongan telah diserahkan.

"Kesilapan hanya semasa penyiaran keputusan yang mengakibatkan jumlah undi salah diumumkan untuk beberapa calon dan apabila kesilapan disedari, terus diperakui dan diperbetulkan," dakwanya.






No comments:

Post a Comment

Member BSK