Jumlah Pengunjung

Friday, 30 August 2013

AHLI DAP HARAM JADAHKAN LIM GUAN ENG !!!



Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini.
Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

"Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan.

Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah.

"Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil.

"Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya.
Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya



No comments:

Post a comment

Member BSK