Jumlah Pengunjung

Sunday 18 August 2013

BUDAK 5 TAHUN DI DERA DENGAN ZALIM !!!



Polis semalam menahan ibu bapa kanak-kanak perempuan lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana disyaki didera bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Beliau berkata, lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Katanya pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira l 1.30 petang semalam selepas diarah datang ke balai polis itu selepas polis menerima laporan bahawa kanak-kanak itu disyaki didera.

"Polis menghubungi serta mengarahkan kedua-dua mereka ke balai polis selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu telah didera berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan laporan awal, beliau berkata, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi semalam dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai dipukul dengan rotan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Member BSK