Zaharudin
Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas yang didakwa mempunyai pengaruh
serta sering campur tangan dalam urusan parti, memburukkan Hadi Awang.
Ini mungkin
sesuatu yang tidak dijangka oleh Haji Hadi sendiri, namun kini orang
sudah bercakap macam-macam mengenai kepimpinannya.
Semuanya
kerana terlihat adanya pengaruh menantu dalam kepimpinannya sejak
kebelakangan ini walaupun di zaman mudanya, Haji Hadi adalah pemimpin
digeruni dan disanjung tinggi.
Isu ini bermula dengan pertelingkahan beberapa kerusi antara PAS, PKR dan PSM dalam pilihanraya lalu di DUN Kota Damansara.
Zaharudin
dikatakan mempengaruhi Haji Hadi menandatangai surat watikah kepada
calon PAS meskipun dipersetujui bahawa kerusi itu ditandingi oleh calon
PSM yang menggunakan lambang PKR.
Disebabkan
hal itu, kerusi Kota Damansara yang sebelumnya milik PR melalui
calonnya, Dr Nasir berubah tangan kepada BN. BN seperti menang percuma
kerana berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN itu.
Di beberapa
kerusi DUN di Terengganu yang berlaku pertindihan kerusi antara PAS
dengan PKR dan kemudian timbul isu pil kuda dan sebagainya yang
dibangkitkan oleh Haji Hadi sebagai alasan mengapa PAS turut meletakkan
calonnya, juga dikaitkan dengan pengaruh Zaharudin terhadap bapa
mertuanya itu.
Dalam isu
Kota Damansara, Zaharudin juga berlaga angin dengan Ahli Parlimen Shah
Alam, Khalid Samad yang mempertahankan konsep pengagihan kerusi yang
dipersetujui sebelum ini.
Pertelingkahan
itu berlarutan sehingga sekarang apabila Zaharudin masih mempertahankan
hujahnya bahawa tindakan PAS meletakkan calon bukan penyebab calon BN
menang di kerusi itu.
Beliau
memberikan alasan pengundi Kota Damansara adalah "educated" dengan turut
mengambil kira latar belakang calon dan sebagainya sebagai asas untuk
mengundi dan bukan semata-mata kerana berlakunya pertandingan tiga
penjuru.
Terbaru,
Zaharudin yang dikenali dengan Din Ayam juga membangkitkan adanya
golongan yang mahu menjatuhkan Haji Hadi sebagai Presiden PAS dan ini
segera dikaitkan dengan usahanya untuk mengekalkan kepimpinan ulama
dalam PAS dan cuba mengurangkan pengaruh golongan profesional yang
berjiwa Islam yang mulai mengambil tempat dalam parti itu.
Zaharudin
turut dikaitkan dengan beberapa tokoh berpendidikan agama dalam parti
itu yang ingin ditonjolkannya seperti Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan
sebagainya.
Pengaruh
golongan profesional yang mulai melebar dalam PAS dikatakan ingin
disekat pengaruhnya kerana Zaharudin ingin PAS kekal dengan identiti
lamanya.
Tindakannya
itu bagaimanapun menyebabkan seorang ahli seumur hidup Pas mengemukakan
aduan kepada jawatankuasa disiplin parti kerana mendakwa Zaharudin
membuat dakwaan tidak berasas dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada
parti.
Sejauh mana
campur tangan dan pengaruh Zaharudin kepada bapa mertuanya sukar
dipastikan. Golongan dalam PAS juga berbelah bagi mengenainya tetapi
dengan caranya mempertahankan calon PAS bertanding di Kota Damansara
sekurang-kurangnya menunjukkan peranannya itu tidak boleh dinafikan.
SUMBER
No comments:
Post a Comment