Jumlah Pengunjung

Friday 9 August 2013

HARAM JADAH PUNYA CINA SINGAPURA NI...



Pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengenai dasar-dasar berasaskan kaum di negara ini yang didakwa tidak menguntungkan Malaysia disifatkan sebagai satu pandangan lapuk dan sempit.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, Kuan Yew harus sedar bahawa beliau hanya mentadbir sebuah negara yang kecil iaitu tiga juta penduduk berbanding Malaysia yang mempunyai kira-kira 29 juta penduduk.

‘‘Mana boleh hendak bandingkan Singapura dengan Malaysia, beliau tadbir Singapura yang hanya memiliki tiga juta penduduk dengan sistem meritokrasi.

‘‘Selain itu, kita faham pandangan tersebut berdasarkan pengalaman di Singapura iaitu satu kaum mendominasi negara terbabit, tidak sama seperti Malaysia yang mempunyai keseimbangan antara Melayu dengan bukan Melayu,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Namun katanya, pandangan itu penting bagi Malaysia kerana memberi peringatan kepada rakyat negara ini supaya berhati-hati dalam melaksanakan perundingan dan tolak ansur antara kaum di Malaysia.

Semalam Bernama melaporkan Kuan Yew berkata, dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

Dalam petikan buku terbaru dilancarkan bertajuk One Man’s View of the World di Istana di Singapura, Lee berkata: “Ia adalah secara sukarela mengecutkan golongan berbakat yang diperlukan untuk membentuk masyarakat yang mengguna pakai bakat daripada semua kaum.’’

Kuan Yew berkata, Malaysia juga bersedia untuk kehilangan bakat besar bagi mengekalkan dominasi sebuah kaum.

Sementara itu, Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, dasar-dasar berasaskan kaum termasuk Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan kerajaan adalah terbaik dalam pengagihan kekayaan secara saksama mengikut keperluan dan kedudukan rakyat di negara ini.

Katanya, rata-rata dasar yang diamalkan negara adalah bagi memberi keadilan kepada rakyat supaya tidak dipelopori oleh sesuatu kaum sahaja.

Mengambil contoh pelaksanaan DEB, Mohamed Mustafa berkata, pelaksanaan DEB adalah rentetan daripada satu tragedi hitam 13 Mei 1969 yang menunjukkan ketidakseimbangan sosio ekonomi dan pengagihan kekayaan antara kaum berlaku.

Dalam pada itu, beliau menambah, pelaksanaan DEB turut disokong sepenuhnya oleh Pemenang Anugerah Nobel (Ekonomi), Prof. Joseph Stiglitz dan berpendapat pelaksanaan itu memberi kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

‘‘Kuan Yew bukan tidak faham tetapi beliau cuba tidak berpijak di bumi yang nyata dengan terus memperjuangkan dasar meritokrasi," katanya

No comments:

Post a Comment

Member BSK