Jumlah Pengunjung

Friday 9 August 2013

SAH.... ANWAR TAKDE TELOR !!!




Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya membuat laporan polis dan tidak mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal dilihat sebagai siaran ulangan sandiwara politik.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, semasa isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu, beliau juga enggan membawa ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan video itu ke mahkamah tetapi sebaliknya hanya membuat laporan polis.

Jelasnya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan perkara itu adalah satu konspirasi dan memperlekeh kredibiliti polis.

"Laporan polis Anwar kali ini juga jelas merupakan sandiwara politik yang menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang untuk memperlekehkan apa jua hasil siasatan pihak polis jika tidak memihak kepada beliau nanti.

"Dengan ini saya cabar Anwar supaya mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri itu terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu tanpa berlengah lagi jika benar beliau tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mazlan mendedahkan beliau telah menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus-niaga' antara Anwar dan Karpal.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim juga menegaskan, tindakan Anwar itu juga adalah strategi biasa bagi menyelamatkannya daripada kecelakaan ciptaannya sendiri.

Katanya, sekarang Anwar juga dilihat takut membawa Mazlan ke mahkamah untuk membersihkan diri daripada tuduhan berat tersebut.

"Janganlah jadi seperti kucing kurap lagi kerana rakyat melihat perlakuan Anwar yang tidak konsisten ini dengan senyuman sinis," ujarnya.

Malah beliau juga menggesa Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara untuk memberi maklumat kepada pihak media tentang kesahihan akaun-akaun bank yang tertulis dalam surat misteri itu.




No comments:

Post a Comment

Member BSK