Mungkin ada yang terbaca laporan berita yang salah tentang pemberita dari malaysia sedang bertugas di syria ini. Berikut di bawah adalah kenyataan dari dirinya sendiri atau anda boleh terus mengikuti perkembangannya dari facebook beliau sendiri. KLIK SINI
Selesai misi hari ke-2 di Idlib..
Serangan selepas Subuh tadi merupakan serangan daripada kedua2 belah pihak bagi merampas kawasan. Alhamdulillah, FSA berjaya merampas satu check point yg dikuasai regim Bashar Assad. Allahuakbar.
Terkejut dengan khabar angin bahawa saya sudah meninggal dunia. Betapa mudahnya tersebar rumours dan exaggeration.
Ada beberapa pencerahan di sini:
1. Gambar yang tersebar luas itu gambar sebenar. Bukan diphotoshop atau diedit. Gambar tersebut menggunakan lens Samyang 24mm f1.4 dan hasil bokehnya memang sedemikian. Tiada editing dan tiada apa-apa teknik khas digunakan. Sila tingkatkan ilmu fotografi anda atau bertanyakan kepada yang ahli dalam bidangnya.
2. Tugasan saya di Syria adalah sebagai Dokumentari-maker dan sesiapa yang follow up perkembangan saya sejak misi pertama pada penghujung Mei lepas tahu bahawa saya sedang menghasilkan dokumentari berkaitan Syria.
3. Kepada media mainstream atau non-mainstream media (e.g: blogger), sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan first-hand information sebelum publish berita anda. Lebih banyak penambahan dari fakta sebenar.
4. Kepada yang mempertikaikan kebenaran bahawa kami diserang sniper dengan alasan kononnya tidak logik sniper basyar tidak ada team follow up selepas menembak. Ketahuilah, realiti peperangan sangat berbeza dengan suasana latihan dan scene dalam filem. Sila kurangkan tonton filem. Lokasi kejadian memang diketahui penduduk tempatan terdapat sniper basyar dan sudah ramai menjadi mangsa. Ditempat tersebut juga terletaknya kubu pertahanan mujahidin FSA. Jadi jika berlaku serangan dari pihak tentera basyar maka akan berlakunya serangan balas dari FSA. Dan serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan van kami dalam keadaan bergerak. Sniper terbaik dunia pun ada kebarangkalian untuk tersasar tembakannya jika suasana sekeliling tidak membantu seperti gelap, kadar kelajuan angin dan sasarannya bergerak.
5. Berkenaan dengan penggunaan senjata api. Ya saya diberi peluang oleh Mujahidin FSA untuk menembak kearah tentera regim yang hampir setiap masa menyerang rakyat, masjid-masjid, sekolah-sekolah dengan bom dari pesawat udara, kereta kebal, meriam, mortar, sniper dan bermacam lagi kelengkapan canggih. Saya ingin merasai sendiri pengalaman dan perasaan mujahidin di medan perang. Siapa dapat tahan melihat sendiri kekejaman di hadapan mata dan hampir-hampir pula menjadi mangsa? Peluang ini saya kira sebagai satu penghormatan. Tapi untuk bergelar mujahidin masih jauh lagi layaknya saya berbanding para mujahidin di sini. Memegang dan menggunakan senjata api untuk menentang regim yang menyembelih rakyat tidaklah haram sepertimana sebahagian rakyat Malaysia kecoh tentang 'haram'nya memegang anjing. Kehidupan disini dikelilingi orang-orang bersenjata api hinggakan seorang mudir sekolah agama terpaksa membawa pistol disebalik Alquran kecil yang dibawanya ke sekolah semata-mata ntuk mempertahankan diri. Di bawah gambar viral tersebut saya ada komen bahawa saya tidak layak memegang title mujahidin tersebut kerana saya melihat sendiri ketabahan dan kekuatan mereka mengaharungi segala penderitaan memperjuangkan agama Allah dan meninggalkan terus nikmat dunia. Mereka sangat mulia akhlaknya, tidak mudah marah, tidak mudah melenting dan tidak mudah membuat sesuatu yang sia-sia apatahlagi merugikan ummat Islam. Mereka sangat menyanjungi bantuan rakyat Malaysia walaupun sumbangan kita terhad kepada kemanusiaan seperti bantuan makanan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan pembangunan. Maka insyaAllah saham kita juga bersama para mujahidin.
6. Melihat sendiri suasana kehidupan mujahidin memberi inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk saya terus berjuang dengan cara saya sendiri melalui media dengan bersenjatakan kamera. Itu jihad saya. Kerana saya tahu ilmu dan kebolehan yang Allah berikan sebagai videographer bukan suatu yang sia-sia dan tidak patut disia-siakan. Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat menewaskan 10 orang tentera musuh, senjata media dapat tumbangkan 1 kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di sini melalui 1st hand information supaya masyarakat dunia bangkit menentang kekejaman rejim basyar. Apatah lagi media mainstream sangat berat sebelah dalam melaporkan apa yang berlaku di Syria. Siapa lagi nak diharapkan kalau bukan kita sendiri turun melihat sendiri dan melaporkan fakta sebenar apa yang berlaku?
7. Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa "biarlah kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah".
8. Saya dah rasai sendiri kesengsaraan kehidupan di medan perang. Ianya sangat memilukan dan menyedihkan. Hanya sanya orang luar biasa mampu menempuh kehidupan ini berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Dan rakyat Syria sedang melaluinya di saat rakyat Malaysia hidup selesa. Tanyakan sesiapa sahaja yang pernah terlibat dalam perang, maka tentu jawapannya mereka bencikan perang. Hanya sanya mujahidin terpaksa berperang untuk membela agama, keluarga dan kehormatan dari pencabulan, pembunuhan dan penyembelihan rejim yang tak dahagakan darah dan tak berperikemanusiaan.
9. Kita? Rakyat Malaysia? Masih lagi sering bergaduh perkara-perkara remeh. Masih lagi menyebarkan berita dan mempercayai tanpa usul periksa. Masih lagi............
Kita sendiri ada sambungan jawapannya...
Biar mati berjasa..
daripada mati sebagai orang biasa..
Salam perjuangan,
Faisal Hamdi,
Mujahidin Media,
5-8-2013,
Idlib, Syria
—
No comments:
Post a Comment