Jumlah Pengunjung

Sunday 18 August 2013

LAGI ISTERI KENA LIPAT DENGAN SUAMI SENDIRI !!!



Belum pun reda isu rakaman video memaparkan seorang pegawai veterinar membelasah isterinya dalam lif di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, seorang lagi wanita dilaporkan menjadi mangsa keganasan suami.

Kes terbaru dilaporkan berlaku di Kampung Parit Wakaf, Tenggayun di sini malam tadi, membabitkan seorang suri rumah berusia 39 tahun yang dibelasah teruk gara-gara enggan membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Suspek berusia 40 tahun merupakan seorang peniaga telah ditangkap polis setelah anak perempuan mereka melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana didakwa memukul isteri dan anak lelakinya.

"Mangsa bersama anak lelakinya telah dipukul dengan kayu dan benda tumpul setelah suspek berang isteri enggan membenarkan dia berkahwin lagi dan tidak diberitahu mengenai rakan-rakan anak lelakinya berkunjung ke rumah sempena Aidilfitri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini hari ini




No comments:

Post a Comment

Member BSK