Jumlah Pengunjung

Tuesday 27 August 2013

6 LAGI GENG 08 DI TANGKAP !!!



Polis Pahang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi Op Cantas dengan tertangkapnya lima lelaki dan seorang wanita dipercayai geng kongsi gelap 08 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini dan Temerloh, Khamis lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah pasar raya di daerah ini pada pukul 12 tengah hari dan berjaya menahan tiga lelaki serta merampas dadah jenis heroin seberat 9,090 gram yang akan diedarkan di negeri ini.

"Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 20-30 tahun berasal dari utara tanah air cuba bertindak agresif apabila ditahan.

"Polis menemui dadah berkenaan di dalam salah sebuah kereta yang dinaiki suspek dan salah seorang daripada mereka turut positif dadah," katanya kepada pemberita di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Sharifuddin, rentetan daripada itu, sepasang suami isteri turut ditahan di rumah mereka di Temerloh dan pemeriksaan dijalankan turut menemui dadah jenis heroin seberat 171.6 gram.

"Kedua-dua mereka berasal dari Pahang dan wanita berusia 21 tahun itu bekerja sebagai jurujual.
"Manakala suaminya berusia 27 tahun dan tidak bekerja turut positif dadah jenis meth," ujarnya sambil memberitahu jumlah keseluruhan dadah seberat 9,261.6 gram mengikut harga pasaran bernilai RM268, 586.

Tambahnya, selain dadah, polis turut merampas dua buah kereta yang digunakan dalam aktiviti tersebut iaitu Perodua Myvi dan Honda Accord.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum gantung jika sabit kesalahan.

"Semua suspek direman selama seminggu dari tarikh tangkap dengan ditempatkan dilokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Temerloh untuk siasatan lanjut," jelasnya.








No comments:

Post a Comment

Member BSK