Jumlah Pengunjung

Friday 2 August 2013

MASJID PULAU PINANG JADI TEMPAT MELEPAS DENDAM !!!




Nasib golongan kurang berkemampuan di negeri ini yang masih belum menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri mendedahkan kepincangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mentadbir hal ehwal agama Islam khususnya pengurusan masjid.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Jahara Hamid berkata, masjid merupakan institusi yang penting dalam menyalurkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu tegasnya, sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan segera supaya tiada pihak yang teraniaya terutama mereka yang amat mengharapkan bantuan zakat sebagai persiapan menyambut 1 Syawal.
"Segala masalah yang timbul janganlah dibiarkan tergantung begitu sahaja terutama menjelang hari raya.

"Kerajaan negeri khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tidak boleh berlengah, minta mereka segera selesaikan segala kemelut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas nasib 76 penerima zakat MAIPP majoritinya warga emas yang masih belum menerima bantuan berkenaan pada tahun ini berikutan jawatankuasa kariah masjid yang menguruskan perkara itu kini 'digantung'.
UMNO negeri baru-baru ini melahirkan kekesalan dengan proses pilihan raya bagi memilih jawatankuasa masjid yang sedang berlangsung kerana didapati tidak telus dan tidak mengikut prinsip demokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh pembangkang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya menerima maklumat ada dalam kalangan calon yang kalah tetap dipilih memegang jawatan dalam jawatankuasa kariah masjid.
Sebaliknya calon yang menang pula disingkir dan tidak mendapat tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, isu sedemikian tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan pihaknya telah meletakkan tanggungjawab menyalurkan bantuan zakat kepada pegawai masjid.

"Disebabkan jawatankuasa kariah masjid digantung tugas maka peranannya kini dimainkan oleh pegawai masjid seperti imam dan bilal.

"Penduduk terbabit boleh rujuk kepada mereka," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.



No comments:

Post a Comment

Member BSK