Maruah Islam di Pulau Pinang???Tidak habis-habis dengan isu agama Islam dihina dan ia seolah-olah menjadi satu tradisi buat bangsa lain memandang rendah kesucian agama Islam. Malah, tidak ada langsung rasa hormat-menghorm ati kepada agama lain walhal tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama.
Kalau dahulu, kita dikejutkan dengan kisah pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang mencemari kesucian bulan Ramadhan. Seterusnya, ia telah mengguris hati setiap umat Islam yang baru sahaja menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Kali ini, ia dicetuskan pula di negeri di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, iaitu negeri Pulau Pinang.
Satu syarikat hiburan di negara pentadbiran DAP itu telah bertindak di luar nilai hormat-menghorm ati apabila telah meletakkan gambar masjid di atas ‘banner’ sebagai cara mempromosikan minum arak.
Ini menunjukkan, satu lagi penghinaan terhadap umat Islam bukan sahaja di negeri terbabit, tetapi juga seluruh umat Islam khususnya di negara ini.
Tindakan syarikat hiburan berkenaan umpamanya mahu menimbulkan isu rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam yang seterusnya akan mengheret pula kepada pergaduhan yang besar.
Jika keadaan ini berlaku, akan timbul pula isu di mana umat Islam mudah untuk melatah apabila agama sendiri dihina dan menunjukkan tidak ada nilai sabar dalam setiap peribadi umat Islam.
Dan, akan memberikan gambaran yang ajaran agama Islam adalah sukakan kepada pergaduhan dan gemar mencetuskan pertelingkahan mulut.
Syarikat hiburan berkenaan juga sengaja mencurahkan minyak ke dalam api yang marak bila mana menggantung ‘banner’ berkenaan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang. Ia sudah diletakkan sejak sebulan yang lalu.
Dalam isu ini, yang harus dipersoalkan adalah di mana peranannya kakitangan-kaki tangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menyelesaikan isu ini? Apakah mereka buta dan terlalu lemah untuk bertindak tegas serta lantang dalam menjaga sensitiviti agama dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang?
Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP sememangnya didominasi oleh rakyat kaum Cina. Tetapi, ia bukanlah satu jalan buat mereka untuk tidak mempunyai nilai hormat kepada kaum lain yang tinggal juga di negeri itu walaupun jumlah mereka adalah sangat kecil.
Seharusnya, MAIPP juga Exco Hal Ehwam Agama negeri Pulau Pinang perlu menjalankan tindakan yang proaktif dalam soal menjaga kesucian agama Islam. Ini kerana, umat Islam di negeri tersebut tidak pernah mencuba untuk menghina agama-agama lain di negeri itu.
Malah, apakah tindakan kerajaan negeri dalam membendung gejala rakyat menghina agama lain? Kebenarannya, kerajaan negeri Pulau Pinang hanya menutup mata dalam isu ini.
DAP sentiasa berkuasa di Pulau Pinang dan impian pemimpin-pemimp in tertinggi adalah mahu menubuhkan negeri itu bebas dari perlaksanaan agama Islam. Seterusnya, merealisasikan impian mereka menjadikan Malaysia sebuah negara sekular seperti Singapura.
Jadi, apabila timbul isu agama Islam dihina berbentuk tulisan ‘banner’ ini, menunjukkan seolah-olah exco MAIPP berada di bawah telunjuk DAP dan tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan yang mengejut. Mungkin juga mereka khuatir punca pendapatan mereka juga akan turut lingkup sekiranya mengingkari arahan dari pemimpin DAP.
Lama-kelamaan menjadikan orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang dibelakangkan oleh pimpinan politik negeri.
Dalam isu ini juga, di mana pendirian parti PAS Pulau Pinang dalam menegakkan tindakan sedemikian adalah salah kerana satu bentuk penghinaan telah berlaku.
Percayalah, paling ‘hebat’ yang mampu PAS lakukan adalah hanya mengatakan perkara itu tidak harus diperbesarkan serta perlu memaafkan kesilapan syarikat hiburan berkenaan. Inilah sikap dan tabiat parti lemah seperti PAS. PAS juga sudah dikunci dan duduk di bawah telunjuk parti DAP.
Tidak mustahil, isu menghina agama Islam akan menjadi satu tradisi dan mampu memberikan kesan serta mempengaruhi pemikiran dan akidah umat Islam.
No comments:
Post a Comment