Jumlah Pengunjung

Wednesday, 28 August 2013

49 NAMA KONGSI GELAP AKAN DI UMUMKAN !!!



Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan maklumat 49 pertubuhan haram termasuk kongsi-kongsi gelap yang telah diwartakan selewat-lewatnya pada esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai pertubuhan haram itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Katanya, maklumat yang diumumkan itu akan meliputi nama pertubuhan dan lokasi utama kegiatan pertubuhan haram berkenaan.

"Saya telah menandatangani (dokumen berkenaan) pewartaan pertubuhan haram ini, kesemuanya ada 49 buah organisasi.

"Setelah diwartakan, nama dan lambang pertubuhan itu akan diharamkan. Mereka juga tidak dibenar menggunakan premis atau bergerak atas nama dan simbol berkenaan.

"Jika bersalah, mereka boleh dikenakan denda maksimum termasuk penjara lima tahun dan denda RM15,000," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebarang perubahan pada nama dan logo pertubuhan haram berkenaan akan dipantau oleh polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS). -








1 comment:

  1. Aslmkm bro,,,kalo kita nk mencari kebenaran di antara batil dan yg benar perkasakan dulu akidah kita selami sifat 20 teguhkan sunnah wal jamaah kaji habis-habisan apa yg kefahaman kita bawa jgn mengikut membuta tuli tanya iman dan insan kita jgn kita sesuka mengunakan ayat-ayat Allah sedangkan ilmu kita tk tahu takat mana nanti kita pula dilaknat olehNya,,,///

    ReplyDelete

Member BSK