Jumlah Pengunjung

Saturday 3 August 2013

APA TUJUAN PEMUDA PAS HINA ORANG YANG HINA BULAN RAMADHAN NI ???



Pelik.. Aku memang pelik.. Dalam banyak banyak kes yang menghina bulan ramadhan sekarang ni kenapa pemuda pas hanya berani bersuara bila rajagopal coach bola malaysia tersilap cakap. Tomboy yang hina islam sebelum ni pemuda pas takde pulak nak mengamuk, alvin dan vivian yang terang terang hina orang islam pon sama jugak pemuda pas buat derk... Jer... Apa apa pon korang baca la kt bawah ni... Hurmm...



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal yang dilapor menyalahkan aksi dalam bulan Ramadan sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya.


Timbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan DPPM, Fadhil Osman berkata kenyataan Rajagobal (kanan) sebelum ini hanya bertujuan menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan.

Menurutnya, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pusingan kelayakan sukan Olimpik 2012 di London yang melibatkan pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang majoritinya beragama Islam juga berlangsung dalam bulan Ramadan. 

"Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katan Fadhil dalam satu kenyataan.

Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya.

"Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan dan bukannya menentang kelab bawahan yang tidak langsung membantu memperbaiki mutu permainan serta kedudukan pasukan kebangsaan," katanya.

Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanahair semalam kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal dilaporkan berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.

SUMBER


No comments:

Post a Comment

Member BSK