Jumlah Pengunjung

Friday 23 August 2013

AWAS... POLIS TELAH KENAL PASTI GENG 04 !!!




Polis Kedah sedang mengenal pasti saki baki anggota kumpulan kongsi gelap 04 yang bergiat aktif di negeri ini, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata, menerusi Ops Cantas sejak 18 Ogos lepas, pihaknya telah menahan 58 orang yang disyaki terlibat dalam kongsi gelap dan daripada jumlah itu terdapat mereka yang terlibat dalam kumpulan 04.

Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan operasi itu di beberapa kawasan tumpuan kumpulan terbabit seperti Baling, Sungai Petani dan Kulim secara berterusan tanpa henti.

"Setakat ini polis telah buat pemeriksaan terhadap 335 orang dan 356 kenderaan.

"Sepanjang operasi itu kami buat pemeriksaan dengan teliti untuk mencari dan menahan ahli kongsi gelap ini serta telah membuka kertas siasatan terhadap 58 ahli kongsi gelap dan penjenayah yang melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita pada operasi polis di sini awal pagi tadi.

Ahmad berkata, kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai lebih tiga rekod pelbagai jenis jenayah.




No comments:

Post a Comment

Member BSK