Jumlah Pengunjung

Monday 12 August 2013

PERWAKILAN PAS PERLU BUKTIKAN ADA TELOR !!!



- Pas perlu membasmi sebarang kegiatan ajaran Syiah dalam parti itu dengan mengemukakan usul untuk 'membersihkan' fahaman tersebut dalam muktamar parti tahun ini.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, ancaman daripada kegiatan Syiah tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan tindakan serius daripada parti itu untuk memecat ahli yang terbabit dalam fahaman itu.

"Ini adalah soal akidah, fahaman Syiah diperangi umat Islam dari zaman berzaman dan pemimpin Pas tidak boleh melihatnya mengikut kepentingan politik.

"Saya cabar mana-mana perwakilan Pas terutamanya Pas negeri Kedah untuk mengemukakan usul pembersihan Syiah dalam muktamar Pas tahun ini agar kita semua tahu perkara ini dibendung secara serius," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kegiatan penyebaran fahaman Syiah yang diharamkan di negara ini semakin serius apabila Kementerian Dalam Negeri mengesan terdapat kira-kira 250,000 pengikut Syiah daripada 10 kumpulan yang bergerak aktif.
Sementara itu, seorang lagi aktivis Pas yang juga bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, sejak penglibatannya dalam Pas pada 1993, beliau belum pernah melihat isu Syiah dibangkitkan dan dibincangkan dalam muktamar Pas.

"Saya berharap ketetapan mengenai Syiah itu dibincangkan dalam muktamar parti dan diambil perhatian secara serius oleh Majlis Syura Ulama Pas untuk membuat ketetapan menolak sebarang fahaman Syiah," katanya.
Katanya, meskipun masyarakat Islam di Malaysia secara tradisi berpegang teguh pada Ahli Sunnah Wal Jamaah namun ancaman daripada Syiah tidak boleh dipandang secara remeh kerana ajaran itu menyerap secara halus dan boleh membawa polemik perpecahan masyarakat Islam.

"Paling membimbangkan saya sekarang ini ialah adanya orang Melayu yang berbangga diri, dia adalah Syiah sedangkan mereka sepatutnya sedar penyelewengan yang dilakukan Syiah adalah amat dahsyat.

"Parti-parti politik perlu membuat ketetapan untuk menolak Syiah kerana banyak negara Islam telah hancur akibat pertembungan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah sebagaimana di Iraq dan Syria," katanya.

Menurut Norman, beliau tidak menolak kemungkinan kecenderungan segelintir masyarakat negara ini terhadap Syiah adalah berikutan terpengaruh dengan Revolusi Iran pada 1979 sehingga mendorong banyak ibu bapa menghantar anak-anak untuk belajar di Iran sehingga terdedah dengan fahaman Syiah.







No comments:

Post a Comment

Member BSK