Jumlah Pengunjung

Tuesday, 20 August 2013

CINA GAMPANG NI PERLU SEDAR DIRI...



- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu sedar bahawa tiada individu atau parti politik yang lebih tinggi mengatasi undang-undang di negara ini.

Pengerusi Kelab Setia 1Malaysia Pulau Pinang, Lim Boo Chang berkata, semua parti politik termasuk UMNO tertakluk kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang telah diberikan kuasa untuk memantau pergerakan mereka.

Menurutnya, jika Guan Eng tidak memahami konsep mudah tersebut, beliau boleh merujuk kepada pemimpin-pemimpin DAP lain yang kebanyakannya adalah peguam.

"Semua pihak perlu mematuhi arahan ROS kerana mereka diberikan kuasa oleh undang-undang, jika ROS melihat terdapat unsur-unsur meragukan dalam sesebuah parti adalah menjadi haknya untuk mengeluarkan arahan berkaitan.

"Guan Eng sepatutnya mengakui yang dia dan DAP telah membuat kesilapan. Kita hairan kenapa dia melatah, walhal hakikatnya ramai ahli DAP yang membantah keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), bukannya ROS yang mencari isu menjatuhkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas 'drama' terbaharu Guan Eng yang masih tidak mengaku kesilapan berhubung kontroversi CEC dengan mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak apabila bertindak mencabar Perdana Menteri agar memberi jaminan 'keselamatan'.

Dakwa Guan Eng, DAP tidak teragak-agak mencabar arahan ROS melalui semakan kehakiman jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran DAP sekiranya perkara terbabit dibawa ke mahkamah.

Tindakan itu bertentangan dengan sikap 'gentlemen' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengumumkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC seperti arahan ROS setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.
Mengulas lanjut, Boo Chang berkata, ROS tidak akan bersikap dwistandard dalam tugasnya dan sebagai bukti, UMNO telah diisytiharkan sebagai pertubuhan yang tidak sah pada 1988.

Kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang mengangkat kedaulatan undang-undang bukan kedaulatan individu justeru itu, semua parti dilayan sama rata serta terdedah dengan tindakan sekiranya terbukti melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Guan Eng jelas tidak memahami konsep asas ini. Beliau perlu sedar kesalahan sendiri bukan meletakkan beban kesalahan itu di bahu orang lain terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi lonjakan politiknya," tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee juga menempelak dan mempertikaikan tindakan Guan Eng mengheret Najib ke dalam isu penyelewengan pemilihan jawatankuasa parti tersebut.

Katanya, semasa pengharaman UMNO, parti Melayu terbesar itu tidak pula menyalahkan serta mengheret pihak lain termasuk Pas dan DAP, seperti yang dilakukan Guan Eng kini.

"Pada MBM, kontroversi CEC itu perlu diselesaikan segera kerana ia berkait dengan pentadbiran Pulau Pinang dan Guan Eng perlu melakukan tindakan lebih membina bukan sekadar menuding jari terhadap musuh politik," katanya.





No comments:

Post a comment

Member BSK