Jumlah Pengunjung

Wednesday 21 August 2013

NYAWA 2 EKOR ANAK HARAM NI DI TENTUKAN PADA 13 SEPTEMBER INI...




Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 13 September depan untuk keputusan permohonan Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dan empat lagi aktivis pembangkang untuk menjalankan perbicaraan secara serentak.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang bersama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhammmad Safwan Anang @ Talib, 24, ahli Pas Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 63, serta dua aktivis pembangkang Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Hishamuddin Md Rais, 62, didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di Dewan Perhimpunan Cina, Mei lepas.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan peguam Eric Paulsen membentangkan hujahan masing masing berhubung permohonan tersebut.

Peguam Latheefa Koya turut memaklumkan tiga daripada enam tertuduh iaitu Tian Chua, Adam Adli dan Hisham Rais telahpun memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka, awal pagi semalam.

"Tertuduh yang lain juga mungkin akan mengemukakan permohonan yang sama,"katanya.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Latheefa yang memohon pengecualian kehadiran kesemua tertuduh semasa keputusan permohonan itu diumumkan.

Pada 23 Mei lepas, Adam Adli, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu pada 29 Mei lepas, Tian Chua, Muhammmad Safwan, Mohd Tamrin serta dua aktivis pembangkang Haris Fathillah dan Hishamuddin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama pada masa dan tempat sama mengikut seksyen yang sama.



No comments:

Post a Comment

Member BSK