Jumlah Pengunjung

Wednesday 2 October 2013

AHLI PARLIMEN PAS KENA MAKI SEBAB BODOH NAK MAMPOS !!!



Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menempelak seorang ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa kerajaan melakukan ‘dendam politik’ dengan meminggirkan dan menyekat bantuan terhadap nelayan-nelayan ‘berbaju hijau’ terutamanya di Terengganu.

Malah, Tajuddin seakan-akan ‘naik angin’ apabila ahli Parlimen berkenaan, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) secara tiba-tiba bangun mempersoalkan akhlak beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terus ‘bersorak’ membantah dakwaan yang dibuatnya itu.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dalam soalan tambahannya menyelitkan senario kononnya berlaku dendam politik terhadap nelayan-nelayan yang menyokong Pas di Terengganu dan mahu jaminan kerajaan supaya isu berkenaan dapat dielakkan tanpa mengira ideologi politik di sebalik perdamaian dan perpaduan nasional yang dilaungkan selepas pilihan raya umum lalu.

Menjawab perkara itu, Tajuddin menegaskan bahawa situasi berkenaan tidak berlaku dan kerajaan tidak pernah meminggirkan sesiapa pun dalam menghulurkan bantuan.

“Terima kasih YB (Yang Berhormat) yang berakhlak. Kita bercakap, jangan cakap di mulut nak perpaduan sahaja, di belakang kita bantai. Yang mendoakan K.O! K.O! siapa? Yang kata UMNO, Islamnya tak betul siapa? Bukan yang berbaju hijau?" soalnya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Berang dengan kenyataan tersebut, Mohd. Khairuddin kemudiannya bangkit memohon untuk menjawab perkara berkenaan.

Walau bagaimanapun, Tajuddin menolak permintaan ahli Parlimen tersebut dan sebaliknya meminta Mohd. Khairuddin supaya menjaga akhlak.

“Tak payah jawablah, jagalah akhlaknya. Saya bercakap, YB duduk, YB bercakap, saya duduk, itulah peraturannya.

Secara umumnya, dasar Kerajaan BN, tiada pilih kasih dalam membantu rakyat. Itu sebab apabila kita beri tender-tender, orang Pas pun dapat. Banyak rezeki yang diperolehi daripada itu digunakan untuk hentam kerajaan balik, kita tak kisah kerana kita tahu jika kita berbuat baik, insya-Allah Allah akan merestui kerja baik kita.

“Mengenai nelayan di Kuala Nerus, kalau YB tuduh orang UMNO sahaja yang dapat (bantuan), orang Pas tak dapat, tolong beri nama. Saya nak tengok senarai. (Memang) tidak ada, jadi (YB) buat tuduhan tak berasas, kita tidak ada pilih kasih," tegas Tajuddin lagi.

Berhubung persoalan Mohd. Khairuddin mengapa ahli Parlimen pembangkang tidak dilibatkan menganggotai Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP), kata Tajuddin, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana majlis berkenaan merupakan sebahagian daripada jentera kerajaan.

“Ini jentera kerajaan Pusat, BN, macam mana YB nak duduk dalam jabatan kerajaan BN? Kita (BN) pun di negeri-negeri pembangkang tak duduk dalam jabatan atau syarikat milik kerajaan (GLC) negeri itu. Jadi jangan dwistandard.

“Apabila berhubung kerajaan Pusat, dia (pembangkang) nak duduk di situ, (tetapi) bila kerajaan dia, tak beri pula," katanya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK