Jumlah Pengunjung

Monday 7 October 2013

ANWAR IBRAHIM BENGANG DENGAN SITI NURHALIZA !!!



Majlis Amanah Rakyat (Mara) merancang menggunakan populariti penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk memperkasakan lagi program pembangunan usahawan bumiputera bagi menembusi pasaran tempatan dan di peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah Keushawanan Mara, Datuk Mohd. Rosdi Ismail berkata, perbincangan dengan penyanyi bersuara emas dan memenangi lebih 200 anugerah tempatan serta antarabangsa itu telah diadakan dan Siti Nurhaliza nampaknya tidak keberatan untuk membantu program melibatkan usahawan bumiputera itu.

"Saya bagi pihak Mara sudah berbincang dengan Siti Nurhaliza dan kita mungkin bekerjasama bukan sahaja untuk melahirkan usahawan SimplySiti bahkan untuk membina produk SimplySiti di seluruh negara yang mempunyai 500 rangkaian pada masa ini.

"Kami telah pun membuat permohonan untuk menjadikan penyanyi berkenaan sebagai ikon program pembangunan usahawan tetapi sehingga kini belum ada sebarang perjanjian dilakukan," katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu demikian pada sidang akhbar yang turut disertai Siti Nurhaliza di Halal Fiesta Malaysia (Halfest 2013), ekspo lima hari perkhidmatan halal terbesar di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, Selangor yang bermula sejak Rabu lalu.

Siti Nurhaliza datang ke pesta itu sebagai tetamu bagi mempromosi usahawan-usahawan Mara selain memperkenalkan produk kecantikannya sendiri berjenama SimplySiti.
"Sebenarnya, Mara telah pun bekerjasama dengan Siti Nurhaliza sebelum ini melalui pengeluaran produknya dan kami berharap kerjasama itu dapat diteruskan," katanya.

Beliau berkata, Mara juga sedia bekerjasama melalui program mentor-mentee produk berkenaan termasuk menyediakan lot-lot perniagaan di kompleks perniagaan Mara di seluruh negara.
Sementara itu, Penyanyi Siti Nurhaliza ketika ditemui dalam majlis yang sama mengalu-alukan sebarang kerjasama yang baik dengan pihak Mara mahu pun untuk mempromosikan lagi produk keluaran bumiputera sama ada di dalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa.

"Saya mengalu-alukan kerjasama ini, saya sebagai usahawan melihatnya sebagai satu pendekatan yang baik untuk membawa produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi lagi," katanya.
"Saya menyokong (usaha) sama ada pihak kerajaan atau Mara untuk memperkasa ekonomi bumiputera supaya produk kita akan lebih gah lagi di masa akan datang," katanya.
SITI Nurhaliza Tarudin bersama Mohd. Rosdi Ismail selepas sidang akhbar berkaitan kerjasama membangunkan usahawan bumiputera sempena Fiesta Halfest 2013 di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, Selangor, semalam.







No comments:

Post a Comment

Member BSK