Sejak Himpunan Black505 yang serba tidak menjadi, semakin ramai dari kalangan penyokong PR mula terasa bodoh sendiri.
Oleh itu, Himpunan
Black505 bolehlah dikatakan sebagai permulaan bagi pengakhiran kepada
Anwar Ibrahim. Ini dapat disaksikan dari kemarahan sekumpulan peserta
himpunan yang merungut malah memaparkan kemarahan mereka terhadap Anwar
secara terang-terangan melalui sepanduk. Rungutan mereka berbunyi bahawa
himpunan aman seperti itu adalah membuang masa dan mereka mendambakan
himpunan ganas selaras dengan tiupan semangat oleh pemimpin-pemimpin PR.
Dalam kata lain, mereka
telah bersedia untuk melakukan kemusnahan demi menjatuhkan kerajaan.
Bagaimanapun, Anwar lebih tahu bahawa kekuatannya tidak cukup untuk
menjayakan satu rampasan kuasa seperti yang diimpikan anak-anak muda
itu. Justeru, Anwar memilih untuk mengangkat sumpah sahaja, esoknya,
sekali gus menerima keputusan pilihanraya.
Sejurus selepas itu,
gambar-gambar Anwar bergelak ketawa dengan Dato’ Seri Najib di parlimen
terdedah sedangkan di masa yang sama penyokong-penyokongnya terus
berusaha membatalkan majlis angkat sumpah dengan memalukan diri
berbaring di jalanan.
Kesudahannya, segala
pengorbanan mereka menghidu jerebu, tidur di khemah di kawasan tiada
kelengkapan bilik air dan dikejutkan pada jam 4 pagi oleh DBKL lalu
berbaring di jalanan demi mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri
ternyata sia-sia belaka.
Sedikit demi sedikit mereka mulai sedar permainan apakah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Dan
hari ini, kita lihat antara anak muda yang paling lantang, ganas dan
‘celupar’ dalam ‘perjuangannya’ untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana
Menteri, iaitu Farid Ismath telah bertindak menghentam Anwar secara
terbuka di laman sosialnya. Farid turut mempersoalkan desas desus Anwar
membuat perjumpaan sulit dengan kepimpinan negara dan menganggapnya
sebagai bukti kelemahan pemimpinnya itu. Anwar digelar penipu dan tidak
mampu lagi menarik perhatian umum.
Kemuncak
kemarahan ini dapat dilihat semalam dari strategi terdesak PR
menggunakan nama Tun Mahathir untuk meraih sokongan bagi program
“Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA”. Sebelum ini, nama dan gambar
Tun Mahathir diwar- warkan sebagai antara panelis jemputan.
Walaubagaimanapun,
penyokong-penyokong marhaen Anwar di peringkat akar umbi juga telah
lebih awal lagi mengesyaki bahawa itu semua hanya auta. Semua orang tahu
adalah tidak mungkin sama sekali bagi Tun Mahathir untuk hadir atau
Anwar untuk menjemput beliau ke majlis anjuran PR.
Justeru,
tidak hairanlah majlis tersebut tidak mendapat sambutan langsung. Malah,
Farid Ismath turut menghentam jumlah kehadiran yang tidak sampai 2,000
orang sebagai bukti yang Anwar tidak dipercayai lagi. Sumber memberitahu
bahawa di kalangan penyokong PR cukup marah dengan ‘penipuan’ yang
bodoh itu.
Nampaknya jentera
propaganda dan pakar strategi Anwar telah tidak mampu menyelami
pemikiran masyarakat umum. Tidak kira penyokong parti mana jua, rakyat
Malaysia secara umumnya tahu siapa Tun Mahathir dan siapa Anwar Ibrahim.
Tun Mahathir adalah seorang yang tegas, lantang dan tidak pernah
teragak-agak untuk berkata benar dan untuk pihak PR menjemput Tun
Mahathir ke majlis anjuran parti itu adalah umpama menjerat diri
sendiri.
Sedangkan Anwar Ibrahim
pula adalah talam berpuluh-puluh muka yang akan berkata yang lain di
hadapan satu kumpulan dan yang lain pula di hadapan kumpulan yang lain.
Sementara di hadapan Tun Mahathir pula Anwar tidak mampu berkata apa-apa
kerana seluruh rahsia gelapnya berada di dalam pengetahuan bekas
Ketuanya itu.
Oleh itu, dengan
menggunakan nama Tun Mahathir bagi meraih sokongan membawa kemungkinan
yang lebih menarik dari sekadar kebodohan jentera PR. Ia mungkin
bermakna adanya usaha dari dalam untuk mengaibkan Anwar dengan penipuan
yang ketara.
Jika ini benar, maka
Anwar tentunya telah melatih orang-orangnya dengan baik tentang
bagaimana untuk ‘membunuh’ sesuatu karektor iaitu, dengan menggunakan
senjatanya sendiri ke atas dirinya. Dan senjata utama Anwar selama ini
adalah ‘menipu’.
Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk ‘membunuhnya’ tentulah dengan penipuan juga. Apakah ini yang sedang berlaku?
Nampaknya, bukan sahaja
penyokong PR sudah tidak lagi mempercayai Anwar, tetapi Anwar juga harus
lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan kepada jentera partinya
dan orang sekelilingnya. (BACA SETERUSNYA...)
No comments:
Post a Comment