Jumlah Pengunjung

Thursday, 10 October 2013

TERKINI DI IPOH... 3 PEROMPAK MATI DI TEMBAK DI TAMAN MERU !!!



Tiga daripada empat penjenayah yang baru merompak sebuah kedai emas ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Meru Raya, Jelapang dekat sini kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Seorang lagi penjenayah cedera ditembak tetapi berjaya meloloskan diri. Gerakan memburu suspek yang bersenjatakan pistol itu sedang giat dijalankan.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati, kawasan tersebut telah dikepung dan ditutup kepada laluan kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut pukul 4 petang ini.



No comments:

Post a comment

Member BSK