Jumlah Pengunjung

Monday, 21 October 2013

JAMIL KHIR BAHAROM BERI CALON PAS SUNGAI LIMAU TAK SENANG DUDUK SEKARANG !!!



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kini menjadi agenda utama Ketua UMNO Bahagian Jerai yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas dipilih dalam pemilihan semalam.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara pertama yang akan dilakukannya ialah menggerakkan seluruh jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin UMNO Bahagian Jerai dalam pemilihan kali ini dan saya akan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.

"Agenda kita yang paling dekat ialah PRK DUN Sungai Limau dan harap semua perwakilan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya, turut sama berdiri dengan saya bagi menggerakkan jentera PRK," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Agama Yan, di sini semalam.

Dalam saingan bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerai semalam, Jamil Khir mendapat 490 undi manakala penyandang jawatan tersebut Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah mendapat 270 undi.
Jamil Khir berkata, kemenangan beliau hari ini penting untuk kesinambungan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

"Perwakilan mempunyai asas dan sebab kenapa mereka memilih kita serta perwakilan hari ini yang sudah cukup matang dan dalam setiap pertandingan menang dan kalah adalah satu keputusan yang harus kita terima dengan hati terbuka," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Suhaimi berkata, walaupun kalah kepada Jamil Khir, beliau masih mempunyai tanggungjawab untuk memantapkan UMNO Bahagian Jerai.
"Sebenarnya tanggungjawab yang kalah ini lebih berat daripada yang menang sebab kita kena satukan semula ahli-ahli di peringkat akar umbi.

"Yang penting bagi saya ialah PRK DUN Sungai Limau, kita perlu menang di situ," jelasnya.


Jamil Khir Baharom mengangkat tangan Mohd. Suhaimi Abdullah dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai di Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, kelmarin.







No comments:

Post a comment

Member BSK