Rakyat Kelantan bukan sahaja dibebani dengan masalah air sejak azali
lagi, tetapi kini menerima satu lagi ‘bala’ apabila masalah itu
dilipatgandakan dengan kenaikan tariff air sehingga lebih 30%. Apa yang
lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan ialah kenaikan ini bukan
bermakna yang kualiti bekalan air akan meningkat.
Ini kerana, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,
Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad, kenaikan itu bukanlah
untuk memperbaiki sistem bekalan air tetapi untuk menampung kos elektrik
yang tinggi dalam operasi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) iaitu sebanyak
RM2.1 juta sebulan. Ini berikutan kenaikan tariff elektrik sebanyak 45%
dengan tiga kali kenaikan sejak 2001 hingga 2012.
Mungkin penjelasan itu boleh diterima, tetapi bukankah sudah menjadi
tanggungjawab kerajaan untuk mewar-warkannya agar pengguna tidak merasa
terpedaya? Alasan Hanifa bahawa ia tidak diwar-warkan kerana tidak
menjejaskan ramai pengguna domestik tidak boleh diterima. Nampak jelas
seolah-olah kerajaan Kelantan ingin menyembunyikannya kerana bimbang
akan reaksi rakyatnya.
Kesimpulan dari isu ini ialah Kelantan di bawah pimpinan PAS telah GAGAL
menjana ekonomi sehingga tidak mampu memperbaiki sistem bekalan air dan
tidak mampu menampung kos operasi yang kian meningkat, selaras dengan
keadaan ekonomi negara dan dunia.
Kelantan diketahui sebagai negeri paling miskin. Setelah lebih dua
dekad PAS memerintah, Kelantan masih belum mampu menukar fakta ini.
Sehingga ke hari ini, belum ada sebarang usaha signifikan dilakukan
untuk menjana ekonomi negeri itu. Satu-satunya sumber pendapatan yang
diketahui oleh kerajaan Kelantan ialah balak. Itupun, kebanyakannya
telah tergadai kepada tauke-tauke bangsa lain dari luar Kelantan, tidak
termasuk yang dijadikan ‘habuan’ untuk pemimpin DAP di Perak.
Akibatnya, Kelantan terus mundur ke belakang dari sehari ke sehari.
Sedikit pembangunan yang ada, termasuklah masjid-masjid di negeri itu,
semuanya adalah hasil ehsan kerajaan persekutuan. Difahamkan juga,
bahawa ketika Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, beliau turut
membantu Kelantan secara diam-diam kerana sayangkan anak bangsanya di
sana yang terhimpit dalam arus kemajuan dunia.
Pun begitu, kerajaan PAS Kelantan menafikan keadaan negeri itu yang
menyedihkan. PAS terus riak dan takbur, malah mengutuk pula kerajaan
persekutuan dengan berbagai-bagai tohmahan. PAS memomokkan kononnya
Kelantan adalah negeri paling makmur dan menjadi contoh negeri Islam
sebenar. Kononnya Kelantan adalah Serambi Mekah. Kononnya, Kelantan
adalah negeri yang diberkati.
Dalam pada itu, rakyat Kelantan tidak mampu menikmati air bersih
walaupun untuk berwuduk. Tidak mampu menyucikan diri dengan baik kerana
airnya berkeladak. Sampai satu ketika perut rakyat Kelantan dengan
sendirinya ‘mangli’ dengan air yang tidak bersih itu sedangkan orang
luar yang meminumnya akan mengalami sakit perut dan cirit-birit.
Sedangkan air adalah perkara asas untuk kebersihan dan kebersihan pula
adalah perkara paling asas dalam Islam.
Secara dasarnya, ekonomi dunia akan terus turun naik manakala kos sara
hidup persendirian mahupun kos operasi satu-satu perniagaan atau
organisasi akan terus meningkat. Justeru, secara automatik, kos
pentadbiran juga akan terus meningkat. Ini adalah ‘peraturan’ hidup
yang tidak mampu kita kawal.
Justeru, kerajaan PAS Kelantan wajib berusaha untuk menepati peraturan
ini atau negeri itu akan ketinggalan semakin jauh setiap hari.
PAS wajib mengeluarkan Kelantan dari kemiskinan dan menjana pendapatan
sendiri bagi menampung segala kos yang akan terus meningkat. Jika
tidak, segala kos itu akan terpaksa dibebankan ke atas rakyat
sepertimana yang berlaku dalam isu tariff air ini. Ini tentulah tidak
adil kerana di masa yang sama pendapatan rakyat Kelantan tidak pula
meningkat, hatta peluang pekerjaan juga amat sukar sekali di negeri
ini.
Bukankah ini satu kezaliman ke atas rakyat?
Dan lebih zalim lagi, apabila kenaikan tariff itu pula dibuat secara sembunyi-sembunyi...
No comments:
Post a Comment