Jumlah Pengunjung

Saturday, 19 October 2013

MAT REMPIT IPOH KANTOI TAK BOLEH LARI !!!



Terdesak mahu balik kampung, seorang remaja berusia 19 tahun nekad menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Kedah, tanpa lesen memandu.

Penguasa Lebuhraya Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mohd Dali Wahid berkata, remaja itu antara individu yang dikenakan tindakan saman dalam Ops Cantas Trafik, di Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, malam semalam.

"Remaja terbabit menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Kuala Lumpur sebelum ditahan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, awal pagi semalam.

“Kita keluarkan saman kepada remaja terbabit sebagai peringatan kerana kesalahan dilakukan serius iaitu menunggang motosikal tanpa lesen memandu," katanya.

Menurutnya, 167 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan dalam operasi disertai lapan pegawai dan 41 anggota dari IPK Bukit Aman, IPK Perak serta Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Katanya, kebanyakan kenderaan yang diperiksa adalah kereta yang melakukan kesalahan ubah suai plat nombor pendaftaran dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Kita turut mengesan 18 pemandu bas yang mempunyai waran tangkap kerana melakukan pelbagai kesalahan.

"Tiada tangkapan dibuat, tapi kita nasihatkan mereka serah diri di IPD kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, Ops Cantas Khas itu tidak tertumpu kepada kesalahan trafik semata-mata, malah meliputi keseluruhan jenayah.

"Kita juga membuat pemeriksaan terhadap kenderaan selain tatu pada badan individu yang disyaki anggota kongsi gelap.

“Hasil pemeriksaan malam ini (semalam), tiada tangkapan dilakukan dan operasi ditamatkan kira-kira jam 3 pagi,” katanya.



No comments:

Post a comment

Member BSK