Jumlah Pengunjung

Friday, 18 October 2013

PARIA PEMBANGKANG NI TELORNYA KECIK SEBELAH !!!




Niat dia nak mempersendakan tugas anggota keselamatan Negara. Kononnya dia nak memperlekehkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka selama hari ini.

Tapi, disebabkan keangkuhan serta kesombongan dia berbicara dalam laman media serta dalam Parlimen membuatkan dia terkedu sendirian.

Penyudahnya, kecabulan mulut Pakwe Si Tipah Koyak ni telah memakan diri. Sekarang ni dia hanya jadi bahan lawak jenaka seluruh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya. Bila bercakap bukan main lagi dia mengutuk dan mengkritik anggota keselamatan Negara. Sekarang, dia pulak yang terketar kepala lutut. 

Nak tandatangan indemniti pun takut. Tu belum diserang dek penjenayah. Moh lepas ni, dengar bunyi tembakan pun dia boleh terkencing dalam seluar dibuatnya!!! Masa tu, baru dia tau langit tu tinggi ke rendah!!!
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Surendran seharusnya lebih kerap mengikut operasi polis supaya segala keangkuhannya dapat ditundukkan apabila berdepan dengan kejadian tembak-menembak.

“Dalam ribuan operasi dan tangkapan oleh polis, mungkin satu atau dua kes sahaja yang berdepan dengan kejadian tembak-menembak maka kita mahu Surendran mengikuti operasi polis itu berpanjangan supaya setanding dengan apa yang beliau hujahkan di Parlimen.

“Surendran tidak tahu bagaimana polis menjalankan tugas. Setiap anggota polis berpandukan undang-undang, prosedur piawaian operasi (SOP) dan arahan ketua polis sendiri. Begitu juga SOP penggunaan senjata api yang perlu dipatuhi oleh polis,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Junaidi berkata, dalam keadaan tertekan, tiada yang akan bertindak seperti robot kerana mereka mahu menyelamatkan diri ketika dalam kecemasan.

Katanya, Surendran tidak tahu kesukaran polis dan hanya tahu mencabar membuta tuli di dalam Dewan Rakyat menyebabkan Khalid tercabar sehingga mempelawa Surendran mengikut operasi polis.

“Jangan merendahkan martabat pasukan polis. Kalau tidak didedahkan dengan latihan maka jangan hanya pandai mencabar polis. Jika musuhnya adalah peluru, maka jangat ingat polis berlakon cerita kung fu. Mana ada orang boleh mengelak peluru,” katanya.

Khalid pada Isnin menawarkan Surendran untuk menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata dan beliau perlu menandatangani perjanjian indemniti terlebih dahulu untuk berhadapan dengan sebarang risiko ketika operasi itu dijalankan.

Beliau berkata, polis akan menghubungi Surendran apabila pasukan itu menjalankan operasi berkenaan dan ahli Parlimen itu perlu bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa termasuk lewat tengah malam atau awal pagi.

Katanya, Surendran akan disediakan perlindungan mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan itu.





No comments:

Post a comment

Member BSK