Jumlah Pengunjung

Friday 4 October 2013

PANAS... MAT SABU DI TELANJANG AHLI PAS !!!



Sesuatu yang amat menarik tentang para penganut PAS ialah, apabila terkena ke batang hidung sendiri, mereka akan segera berselindung di sebalik dalil-dalil, nas-nas dan hadis-hadis yang berkaitan. Tetapi apabila mereka mengenakan orang lain, dalil-dalil, nas-nas dan hadis-hadis yang lain pula dicari dan digunakan.

Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS, Khairuddin Azman Razali menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sebagai seorang yang tidak faqih agama, manakala kesemua anggota Dewan Ulama PAS pula adalah golongan yang fahamdengan agama.

Kenyataan Khairuddin ternyata telah menyakitkan hati golongan yang memuja-muja Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat. Mereka segera memberikan ‘nasihat’ bahawa untuk menegur perlulah berhemah dan bukannya dengan cara menyakiti hati orang lain kerana itu adalah cara kerja Rasulullah s.a.w.

Persoalan yang paling baik boleh ditimbulkan ialah, selama ini teguran manakah yang dilemparkan kepada UMNO dan para pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka mengikut uslub yang mereka sendiri takrifkan sebagai cara kerja Rasulullah s.a.w. itu? Apakah kerana teguran dan kenyataan tersebut dibuat terhadap Mat Sabu yang sememangnya tidak ada gerak kerja agama PAS padanya melainkan atas nama Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, maka penganut-penganut PAS yang memuja ketokohan Mat Sabu, segera memperingatkan tentang gerak kerja Rasulullah s.a.w?

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, nampaknya semakin tidak berpihak kepada Mat Sabu. Meskipun Husam Musa yang sebelum ini dilihat lebih berketrampilan dan lebih berwibawa, kenyataan terbaru Husam Musa bahawa dia tidak akan bertanding untuk jawatan tersebut, masih tidak mampu memberikan kesenangan kepada Mat Sabu.

Dalam Multaqa Ulama PAS Se-Malaysia yang diadakan baru-baru ini, satu ketetapan telah dibuat untuk memisahkan dan menyingkirkan Syiah serta pengaruh Syiah yang sedang menguasai keseluruhan PAS. Syiah telah dilihat menjadi pengancam utama kepada PAS untuk bergerak lebih maju dalam politik negara memandangkan sebahagian besar orang Melayu beragama Islam di negara ini yang juga merupakan pengundi, merupakan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amat memusuhi Syiah.

Walaupun puak-puak Syiah dalam PAS cuba menunjukkan bahawa Syiah bukanlah pengancam sebaliknya yang mengancam adalah UMNO dan ‘Kerajaan UMNO-BN yang korup’ dalam usaha untuk menghalalkan Syiah dan amalan kaum Rafidhah yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis agar golongan berkenaan DIBUNUH sekiranya ditemui, majoriti orang Melayu tetap tidak dapat menerima Syiah.

Dek kerana faktor Syiahlah menyebabkan PAS kehilangan pegangan di Kedah dengan Mat Sabu yang bertanding di kubu kuat Syiah di Malaysia iaitu Pendang, terpaksa menahan malu yang teramat sangat setelah begitu yakin sebelum itu untuk menegakkan SYIAR DAN DARUL SYIAH yang pertama di Malaysia menerusi PRU13.

Khairuddin hanya sekadar menzahirkan kesimpulan yang telah dibuat dalam Multaqa Ulama PAS Se-Malaysia selaku Setiausaha Dewan Ulama PAS. Kalau sebelum ini PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah pengikut dan penyayang ulama, sehinggakan sesiapa sahaja yang berjanggut, berserban, berjubah dan boleh membaca doa selain mengajar agama dengan menggunakan teks dari buku-buku agama dipanggil ULAMA, nampaknya sekarang ini ialah, sesiapa sahaja yang menentang SYIAH dan RAFIDHAH merupakan golongan yang tidak wajar wujud dalam PAS.



SUMBER

No comments:

Post a Comment

Member BSK