Jumlah Pengunjung

Tuesday, 22 October 2013

ARTIS NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA !!!



Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.

Allahyarhamah yang berusia 54 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Dalam pada itu, seniwati negara, Datuk Sharifah Aini dalam status laman Facebooknya turut bersedih dengan pemergian rakan seangkatannya itu.

"Al-Fatihah... Selamat beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai sahabatku yang dikasihi... Moga Allah himpunkan rohmu dalam kalangan mereka yang beriman... Ya Allah... Kau ampunkanlah kesemua dosa sahabat ku.... Mari kita semua mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di alam barzakh. Amin Ya Allah," tulis Sharifah Aini.

Selain menyanyi, Allahyarhamah turut popular dengan lakonan dalam filem wira Angkasa, Pelumba Malam dan Hantu Siang.







No comments:

Post a comment

Member BSK