Jumlah Pengunjung

Wednesday, 23 October 2013

TANDA PARTI PAS KE ARAH MAKSIAT SEBENAR !!! KOH..KOH..KOH...


Penampilan terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasca Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dengan berkopiah sahaja tanpa berserban seolah-olah memberi satu petunjuk baharu terhadap hala tuju parti itu.



Dalam satu majlis perbincangan soal seni dan budaya semalam, Abdul Hadi tampil dengan imej tanpa serban dengan diapit oleh tiga orang kanannya yang tanpa berkopiah iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan dua Naib Presidennya, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Abdul Hadi juga muncul dengan imej yang sama ketika menyambut hari jadi yang ke-66 di Kediaman Rasmi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.
Berimejkan kopiah tanpa serban dan jubah yang disarung kemeja kuning, Abdul Hadi dilihat sedang memotong kek sambil diperhatikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Seorang lagi tokoh yang sebelum ini sinonim dengan imej berkopiah dan berserban, Nasaruddin Hasan juga dilihat mutakhir ini makin selesa dengan penampilan berkopiah sahaja.
Exco Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat yang menampilkan imej tanpa kopiah dikhabarkan blog pro refromasi, MSO bakal melanggar tempat Nasaruddin sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.
“kami dari pemuda Pas kawasan Batu Pahat dengan sebulat suara telah bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda (KP) bagi Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam pemilihan Pas yang akan berlangusng bulan November ini, “lapor MSO yang mendapat sumber dari Dewan Pemuda Pas Batu Pahat.
Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda Pas kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu.
“Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoht-tokoh pemimpin pemuda Pas yang lain. Kami berpandangan Sihaizan juga merupakan ketua Pemuda Pas Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda Pas ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini,” demikian kenyataan Ketua Pemuda Pas Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik.
Isyarat jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat bakal dilanggar sebenarnya telah diberikan oleh Sheikh Omar Ali pada 2 Oktober lalu.
Sheikh Omar, exco Dewan Pemuda PAS Johor dan juga Free Public Forum Malaysia (FPF) tampil tanpa kopiah bertanyakan status Pemuda Pas pusat.
“Kalau DAP ada Liew Chin Tong, PKR ada Rafizi Ramli, di mana pemuda Pas..barisan baru pimpinan Pas?” soal Sheikh Omar, moderator forum bertajuk “Survival PAS dalam arena politik Malaysia.”
Forum itu menampilkan empat tokoh Pas tanpa kopiah iaitu dua Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pas Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

SUMBER CERITA

No comments:

Post a comment

Member BSK