Jumlah Pengunjung

Sunday, 27 October 2013

PAS SANGGUP HINA ARWAH USTAZ AZIZAN DEMI MENGABURI MATA PENDUDUK SUNGAI LIMAU !!!



Pas kelihatan cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengatakan calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat ialah anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Pas turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.

Dua keratan gambar yang memaparkan Azam dan Allahyarham ditampalkan dalam risalah berkenaan.
Dalam pada itu, blog propembangkang, Kedahlanie dalam satu entri kelmarin yang bertajuk 'Sg. Limau: Selepas fitnah calon Pas Syiah tak makan, kini puak BN buat pula cerita Azam musuh Azizan' turut menggunakan gambar Allahyarham yang ditampal bersebelahan dengan Mohd. Azam.

Entri tersebut bagi mempertahankan Mohd. Azam selepas ada pihak yang mengatakan calon Pas itu adalah calon proksi Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang didakwanya merupakan tangan yang mahu menjatuhkan Allahyarham Azizan semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Selain itu, beberapa laman blog seperti Kedah Ke KL turut menyiarkan entri yang mempersoalkan apakah kaitan Mohd. Azam dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang sebelum ini dikatakan mempunyai perbezaan 'pendapat ketara' dengan Azizan sehingga mewujudkan pergolakan dalaman Pas Kedah. 

Sementara itu, Phahrolrazi ketika dihubungi  hari ini mengesahkan beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Mohd. Azam iaitu hubungan dua pupu.

Menurutnya, datuk Mohd. Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk beliau, Aziz Pendang merupakan dua beradik.
RISALAH yang tertera gambar Mohd. Azam Abd. Samat bersama Azizan Abdul Razak diedarkan oleh Pas bagi meraih undi untuk PRK DUN Sungai Limau, Kedah, semalam.






No comments:

Post a comment

Member BSK