Pas sudah ketandusan isu hingga sanggup guna gambar palsu dalam risalah kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak akan melakukan perkara seumpama itu dalam siri kempen mana-mana pilihan raya semata-mata mahu meraih undi.
"Ini tandanya pembangkang ketandusan idea untuk tarik pengundi," katanya selepas menyampaikan ceramah dalam siri kempen menjelang PRK DUN Sungai Limau di Pusat Daerah Mengundi Sungai Limau di sini, malam tadi.
Turut hadir calon BN DUN Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran risalah kempen Pas yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu, Mohd. Azam Abd Samat kononnya bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.
Menurut Sinar Harian semalam, gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham Azizan pada 25 Mei 2011. Sinar Harian mendakwa gambar itu telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita kanannya itu.
Ditanya mengenai konsep 'hijrah' pengundi DUN Sungai Limau, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, jika sebelum ini pengundi di kawasan DUN itu tidak memilih BN kerana mempertahan penyandang, Allahyarham Azizan, namun PRK kali ini merupakan masa untuk berubah.
"Sekarang mereka perlu berani untuk berubah demi perubahan di kawasan ini. Orang muda perlu tampil berhijrah untuk kebaikan," katanya. - BERNAMA
Semenrata itu komen dari Datuk Mukhriz Mahathir tentang isu ini...
"Tidak sedar", itulah jawapan mudah Pas jika timbul sesuatu isu atau masalah.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sebagai pemimpin parti mereka perlu mengambil tanggungjawab dalam semua urusan termasuk isu penting ketika pilihan raya.
Beliau musykil perkara itu boleh berlaku tanpa pengetahuan pemimpin Pas sedangkan ia membabitkan isu penting iaitu risalah mengenai calon mereka untuk menghadapi PRK Dun Sungai Limau.
"Biasalah nak lepas tangan. Jika terjadi apa-apa, jawapan mudah ialah tidak sedar ia berlaku.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menjejaskan kewibawaan mereka sendiri. Mustahil pemimpinnya tidak tahu gambar itu bukan milik mereka atau diambil dari orang lain," katanya kepada media ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas laporan Sinar Harian hari ini yang memamparkan sekeping gambar dari risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat sudah diubah suai dengan memasukkan gambarnya ketika bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya di Wisma Darul Aman.
Gambar asal yang dikeluarkan Sinar Harian mamaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian (ketika itu Editor Sinar Harian Utara), Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali mengunjungi Allahyarham pada 25 Mei 2011 di pejabatnya sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
Menurutnya, sebagai contoh, pada sidang Dun lalu, apabila diberi penjelasan panjang lebar mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akhirnya bangun dan mengakui tidak menyedari perkara itu berlaku.
"Adakah ini alasan yang boleh kita terima. Sudah pasti tidak, kerana rakyat akan mempersoalkan niat sebenar mereka melakukan sesuatu perkara terutama untuk kempen pilihan raya," katanya.
Beliau berkata perkara itu tidak patut berlaku dan perlu dihentikan segera kerana semua parti wajar bersaing secara sihat dalam pilihan raya.
"Bertanding secara sihat. Jangan guna taktrik kotor untuk meraih undi rakyat di Sungai Limau. Kadang-kadang benda tak elok akan terbongkar juga," katanya.
Ditanya sama ada isu itu akan mempengaruhi rakyat dan memberi kelebihan kepada BN, beliau berkata rakyat yang boleh menentukannya pada hari mengundi kelak.
"Biarlah rakyat menilai keupayaan BN dan Pas dari segi penampilan masing-masing sepanjang tempoh berkempen ini," katanya.
Mintak duit pada rakyat, tapi pemimpin atasan sedap je makan tempat mahal-mahal...
UNDI PAS RAKYAT MEREMPAT...
No comments:
Post a Comment