Jumlah Pengunjung

Friday, 11 October 2013

BALASAN KERANA BONGKAKNYA NIK AZIZ SELAMA INI !!!

Ini la hasil peninggalan Nik Aziz yang dah memerintah lebih 20 tahun sebelum ini, hinggakan sebuah Yayasan Islam di kelantan terpaksa mengakui  bahawasanya mereka tidak mampu berdikari sendiri. Bagi aku ini semua adalah salah dari Nik Aziz sendiri yang terlalu bongkak selama ini yang kononnya dia dapat memerintah di kelantan dengan jayanya. Kalau betul Nik Aziz ni hebat memerintah apa ilmu pembangunan yang telah dia tinggalkan sekarang di negeri kelantan ? ikuti cerita di bawah...



Kerajaan Pas Kelantan mengakui Yayasan Islam Kelantan (YIK) menghadapi masalah dalam pelaburannya sehingga tidak mampu berdikari sendiri biarpun menerima tanah seluas lebih 19,000 hektar untuk dibangunkan. 

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya yakin yayasan itu akan berdikari sendiri tidak lama lagi selepas seorang pegawai pelaburan dilantik untuk menguruskan pendapatan daripada pembangunan tanah terbabit. 

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan tanah tersebut berjalan dengan lancar, pihaknya percaya YIK dapat berdikari tanpa mengharapkan bantuan yang terlalu banyak daripada Kerajaan Pas Kelantan.
"Sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk melihat YIK berdikari dan disebabkan itu kerajaan memberikan tanah seluas 19,000 hektar untuk dibangunkan, bagaimanapun ada masalah dalam pelaburan maka hasrat itu tidak menjadi kenyataan. 

"Namun sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, ia sudah menunjukkan peningkatan dan mendapatkan hasil kembali selepas kita menempatkan pegawai pelaburan di YIK," katanya menjawab soalan tambahan Mohamad Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.


SUMBER

No comments:

Post a comment

Member BSK