Penyampai radio Hot FM, Mohd. Faizal Ismail atau FBI akan membuat pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatannya Rabu depan.
Hal itu diberitahu oleh pihak pengurusan Rangkaian Media Prima
Berhad yang turut memberitahu bahawa tiada kenyataan akan dikeluarkan
oleh Faizal buat masa ini.
"Buat masa ini Faizal memang enggan memberi sebarang komen mengenai
perkara tersebut sebaliknya semua akan diberitahu pada sidang media
tersebut,"
Faizal yang dihubungi hari ini dan semalam juga tidak menjawab panggilan.
Penyampai radio berusia 37 tahun, semalam membuat pengakuan dalam laman twitternya yang berbunyi:
"Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini, 24 Oktober 2013."
No comments:
Post a Comment