Jumlah Pengunjung

Thursday, 24 October 2013

LEMAN RAJA LAWAK SERBU DULU SEBELOM ARTIS PAS DATANG !!! HAHAHA...




Wah!!! Bukan main cekap lagi Si Leman ni mengisi kantung dia ye. Belum pun masuk waktu untuk berkempen, dia dah sampai awal ke Sungai Limau.

Kira hebat jugak la dia ni dalam mencari keuntungan peribadi ye tak. Jauh lebih cekap mendahului orang lain. Kalau lambat kang takut rugi pulak.

Nak pulak sekarang ni nak cari kerja bukannya senang. Kang ada pulak dia meroyan kat dalam media arus perdana macam Si Hairie buat sebelum ini.

Malu weh kalau nak berjuang kena berjemput bagai. Nampak sangat la yang Si Hairie tu tak berapa nak ikhlas dalam memperjuangkan agenda Parti Angguk Saja tu.

Cuba la dia ikut jejak langkah macam Si Leman ni kan senang hidup dia. Belum pun tiba hari penamaan calon, awal - awal dia dah tunjuk muka.

Malam semalam, di PDM Ulu Sedaka, PAS Cawangan KM 32 buat jamuan makan malam. Siap BBQ bagai katanya. Memang meriah la dengan anak - anak muda.

Dalam waktu ini la PAS mula mengkadirkan anak - anak muda dengan dasar perjuangan mereka dan mendoktrinkan minda anak - anak muda ni.

Dengar kata, calon yang bertanding atas tiket PAS tu pun turut hadir dalam jamuan tersebut. Tapi tak lama mana la dia tunjuk muka. Banyak lagi tempat dia kena pergi.

Tapi, walaupun sekejap, dia sempat jugak memujuk anak - anak muda ni dengan menyatakan bahawa perjuangan PAS merupakan satu amal ibadah kepada Allah S.W.T.

Wah!!! Pandai betul cikgu sekolah tadika ni buat hukum dengan menjadikan perjuangan PAS sebagai salah satu Rukun Islam yang WAJIB diikuti oleh penganut PAS.

Kata dia, kerja memasang poster, menaikkan bendera dan menggantung banner akan menjadi satu ibadah serta akan menjadi saksi diakhirat kelak.

Pandai sungguh la cikgu sekolah tadika ni mengajar anak murid. SH doakan semoga anak murid dia di tadika PASti tu tak sesat dengan cara dia berdakwah sudah la.

Kiranya, program di Ulu Sedaka ni merupakan program pertama diadakan sebaik sahaja majlis memperkenalkan calon diadakan sebelum ini.

Kehadiran Si Leman tu dalam majlis malam semalam hanya sekadar menjadi seorang 'DJ' yang tak bertauliah. Tak de orang pun yang suruh dia jadi 'DJ' malam tu.

Tapi apa boleh buat. Orang macam Si Leman ni memang suka mengambil kesempatan. Kot kalau orang tak suruh pun dia buat jugak. Maklum la. Kalau tak buat nanti, macam mana orang nak tau dia ada kat situ!!! Melepas la 'Soru' dia nanti!!!







1 comment:

  1. MASYA-ALLAH, Macam2 tuntutan, ancaman dan provokasi daripada puak kafir LAKNATULLAH(terutama dalam Pakatan Rakyat) terhadap Umat Islam dan Melayu di Malaysia dalam 5 tahun kebelakangan ini,.... APA YANG NYATA, mereka semakin BERANI kerana segelintir pemimpin Utama dan penyokong Melayu Islam PAS dan PKR sedang MENYOKONG dan MEMBUKA RUANG kepada mereka demi menjaga hati untuk dapatkan UNDI CINA DAN KRISTIAN.

    KUMIM
    http://empayarkumim.blogspot.com/

    ReplyDelete

Member BSK