Jumlah Pengunjung

Monday, 21 October 2013

PERAK BANJIR !!!



IPOH: Sejumlah lebih 500 penduduk di lima kampung di Daerah Manjung dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air berikutan hujan sejak tengah hari. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata kesemua mangsa adalah dari Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari. 

"Seramai 530 daripada 17 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batu manakala 56 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk Yan," katanya.

Sehingga 7 malam tadi, air berada pada paras 1.25 meter berikutan hujan
yang masih berterusan.
Katanya, selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca banjir.

Beliau berkata, kerjasama bersepadu digerakkan agensi kerajaan terbabit bagi memudahkan penyelarasan dan bantuan kepada mangsa banjir.



No comments:

Post a comment

Member BSK