Jumlah Pengunjung

Wednesday, 16 October 2013

PENGALAMAN GADIS DI ROGOL DI HOTEL JALAN PUDU KUALA LUMPUR !!! HATI-HATI SEMUA WANITA...



Seorang remaja perempuan melalui detik hitam apabila dia bukan saja ditipu lebih RM2,000 malah turut 'diseksa' selain diperkosa oleh seorang lelaki dalam bilik hotel di Jalan Pudu, di sini, sebelum berjaya melarikan diri.

Kejadian Selasa lalu difahamkan berlaku selepas remaja berusia 18 tahun itu menemui lelaki berkenaan yang berjanji akan membebaskan abang kandungnya yang ditahan polis.


Difahamkan, selain teruk dibelasah dan diperkosa, alat sulit dan dubur mangsa turut disumbat botol minuman keras.


Namun mangsa bernasib baik kerana sempat melarikan diri walaupun dalam keadaan bogel sebelum mendapatkan bantuan seorang lelaki yang memberinya pakaian dan memabawanya ke balai polis berhampiran.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa ditemani ibu saudaranya pergi berjumpa lelaki itu yang menyamar polis dan mendakwa boleh membantu membebaskan abangnya yang ditahan polis baru-baru ini.


"Lelaki itu menjemput mangsa dan ibu saudaranya kira-kira jam 6 petang dengan menaiki kereta sebelum ke restoran Jalan Pudu.


"Mangsa dan ibu saudaranya diminta menyerahkan wang tunai RM1,500 jika mahu abang kandungnya dibebaskan namun mereka tidak ada wang sebanyak diminta dan merayu agar jumlah wang dikurangkan, namun lelaki terbabit enggan," katanya.


Menurutnya, mangsa kemudian menyerahkan wang berjumlah RM1,000 selain beberapa barang kemas milik ibu saudaranya dianggarkan berjumlah RM1,000 kepada lelaki itu.


"Sebaik wang dan barang kemas itu diserahkan, lelaki terbabit mengajak mangsa beredar kononnya dia ke balai polis untuk membebaskan abang mangsa," katanya turut memberitahu pada masa yang sama ibu saudara mangsa memnita izin ke kedai runcit berdekatan untuk membeli barang.


Sumber berkata, ketika itulah, lelaki terbabit secara tiba-tiba menarik tangan mangsa dan membawanya ke bilik hotel yang terletak bersebelahan restoran itu lalu membelasah dan memperkosanya.


Selain itu, lelaki itu turut menyeksa mangsa dengan menyumbat botol minuman keras ke dalam alat sulit dan dubur mangsa.


"TIdak tahan sakit, mangsa menendang lelaki itu hingga terjatuh sebelum nekad melarikan diri dalam keadaan bogel," katanya.


Katanya, mangsa berlari ke jalan raya sebelum seorang lelaki memberhentikan kenretanya dan menyelamatkan mangsa.


"Mangsa yang diberi pakaian kemudian membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee, di sini," katanya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK