Jumlah Pengunjung

Monday, 14 October 2013

HADIAH DARI UMNO UNTUK UMAT ISLAM SEMPERNA AIDILADHA !!! PAS BAGI APA ?



Semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Jamil Khir berkata, kerajaan menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.
"Keputusan mahkamah itu dianggap sebagai hadiah untuk umat Islam Malaysia sempena hari wukuf di Arafah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam keputusan itu, panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata: 

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian". - BERNAMA

Psstt....  Apa PAS buat skrg ni ? Mesti tengah sedih sebab kena maki dengan DAP kaw kaw lepas ni...


No comments:

Post a comment

Member BSK