Jumlah Pengunjung

Saturday, 19 October 2013

MENGAPA PERLUNYA DATO AZIAN BIN HAJI OSMAN LAGI !!!



Assalammualaikum semua, terutamanya perwakilan-perwakilan dari bahagian Ipoh Timor yang akan mengundi pada hari ini. Ingin aku ceritakan di sini mengapa perlunya kita mengekalkan Dato Azian Bin Haji Osman dan memberikan kemenangan yang amat bergaya kepada beliau pada hari ini. Ini kerana kita sedia maklum siapa pencabarnya pada kali ini adalah merupakan seorang yang tidak memiliki pelajaran yang tinggi. Satu pengajaran yang amat bermakna harus kita berikan kepadanya pada hari ini. Aku tidak mahu berceloteh panjang dan para perwakilan harus menilai antara dua orang calon untuk jawatan ketua bahagian pada kali ini. 

Semestinya jasa dan pengorbanan Dato Azian terhadap masyarakat melayu di kawasan Ipoh Timor tidak boleh di sangkal lagi. Terlalu banyak jasanya membantu melayu dari tahun 2001 hinggalah sekarang. Sila baca tentang diri Dato Azian di bawah...

DATO' AZIAN BIN OSMAN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor

Nama : Azian bin Osman
Tarikh Lahir : 28 Mei 1959
Tempat Lahir : Kg Sunut, Tapah, Perak.
Status : Berkahwin - Datin Hanita binti Hashim
Anak : 5 orang
Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), Universiti Malaya - 1984.
Profesion : Ahli Politik/Perniagaan

Pengalaman dalam kerjaya :

- Memulakan kerjaya sebagai Peguam setelah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 1985.
-Membuka firma guaman sendiri pada tahun 1987 dengan nama 'Faisal Azian & Co.' . Pada Disember 2004, beliau meninggalkan amalan guaman kerana penumpuan sepenuhnya kepada politik dan perniagaan.
-2004-2007 : Ahli Pihak Berkuasa Risda
-2003-2008 : Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Negeri Perak
-2006-2008 : Pengerusi Kolej Risda
-2003-kini : Ahli Lembaga Pengarah Perak Corporation Berhad (PCB)
-2006-2010 : Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Penglibatan dalam politik :

1981 - Ahli UMNO Cawangan Tapah Bandar, Bahagian Tapah.
1985 - Ahli UMNO Cawangan Tiger Lane, Bahagian Pasir Pinji (kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Ipoh Timor)
Jawatan yang pernah disandang :
-Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tiger Lane
-AJK Pemuda UMNO Bahagian Pasir Pinji
-Ketua UMNO Cawangan Pinji Tengah
-AJK UMNO Bahagian Ipoh Timor,
-Timb Ketua UMNO Bhgn Ipoh Timor (1995-2001)
- AJK Pengurusan dan Displin UMNO Negeri Perak
- AJK Biro Politik UMNO Negeri Perak
- Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak (2004 - 2008)
Jawatan kini :

- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
- Ketua UMNO Bahagian (2001 - kini)


Semoga Dato Azian akan beroleh kemenangan yang amat bergaya pada hari ini... In Sha ALLAH....

No comments:

Post a comment

Member BSK