Tiga jemaah haji yang dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) maut selepas van jenis Toyota Hiace
yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan bijih
besi di Kilometer 210.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan
dekat Gambang di sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku pukul 3.40 pagi itu turut mengakibatkan seorang
pemandu serta dua lagi penumpang cedera dan kini sedang dirawat di
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Gambar Hiasan.
No comments:
Post a Comment