Jumlah Pengunjung

Wednesday, 9 October 2013

SENDIKIT JALANGKAN TANAH KELANTAN BERLAKU LAGI ???



Kerajaan Pas Kelantan didakwa sedang dalam proses meluluskan sebidang tanah berkeluasan 1,400 hektar bernilai RM7 juta di kawasan Hutan Simpan Ulu Sat kepada seorang individu tanpa tender pada Ogos lalu meskipun Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan pada Jun 2009 membuat keputusan supaya permohonan membeli tanah di situ ditolak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Salor, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangsi dengan surat yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar bertarikh 6 Ogos lalu mengenai penjualan itu kerana tidak melalui proses tender malah dijual terus kepada seorang individu.

Menurut beliau, Hutan Simpan Ulu Sat sebelum ini telah diiktiraf sebagai 'paru-paru' Kelantan kerana bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna tetapi turut membekalkan udara segar kepada seluruh rakyat Kelantan.
"Saya sangsi sama ada surat dari Pejabat Menteri Besar bertarikh 6 Ogos 2013 ditulis selepas pegawai-pegawai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyemak terlebih dahulu status Hutan Simpan Ulu Sat ini atau tidak.

"Lebih-lebih lagi hanya sebuah syarikat dicadang diberikan kawasan seluas 1,400 hektar sekali gus tanpa tender, ia amat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu.

"Harga yang ditawarkan oleh syarikat iaitu RM2,000 seekar (0.4 hektar) pada saya amat tidak munasabah, lagipun kalau esok saya tubuhkan satu syarikat dan menulis surat hanya dua muka surat sama seperti yang ditulis syarikat itu dan menawarkan harga lebih tinggi misalnya RM2,100 seekar adakah permohonan saya akan diterima atau tidak," katanya ketika membahas Bajet 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perbahasannya, Husam yang juga bekas Exco kanan Kelantan turut mempersoal sikap amanah pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) kerana banyak projek membabitkan perbelanjaan puluhan juta ringgit didakwa gagal mencapai sasaran.

Katanya, perkara yang berlaku dalam AKSB perlu diselesaikan segera untuk mengelak Kerajaan Pas Kelantan terus diseret ke dalam situasi yang lebih parah selepas ini.
"Dalam kesempatan ini, saya hanya tunjukkan satu dua contoh sahaja daripada aspek kegagalan yang dengan sendirinya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana antaranya menaik taraf loji rawatan air di Jeli.

"Ini bertujuan mencapai 10 juta liter padu air sehari dengan kos RM21 juta, kini ia hanya mencapai 6.6 juta liter sehari dan menaik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta dengan sasaran 42 juta liter sehari tetapi pencapaiannya cuma 36.6 juta liter.
"Di Pintu Geng, Kota Bharu, AKSB membelanjakan RM52 juta untuk mencapai sasaran 30 juta liter sehari namun hanya mencapai jumlah 12.5 juta liter sehari," katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa AKSB gagal dalam menaik taraf sistem perpaipan yang membabitkan kos sebanyak RM130 juta tahun ini kerana faktor penyumbang kadar kehilangan bekalan air yang tidak berhasil (NRW) masih berada pada taraf 52 peratus.






No comments:

Post a comment

Member BSK