Jumlah Pengunjung

Friday 4 October 2013

SYARIKAT PAK CIK GUARD NAK BINI MAT YO SAMPAI MAIN TAIK.. !!!



Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana  mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.

Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-

Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy
“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”

Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.

SUMBER



1 comment:

  1. simpati kepada anggota pengawal tapi kepada syarikat guard yang mcm nie baru ambil berat kpd pengawal.....syarikat pengawal di Malaysia kebanyakan pembohong dan penipu pekerja tak de permit,org indon dan bangla jadi guard,epf/socso pun takde,bekas banduan dan penagih,alahai itu sebabnya masyarakat pandang rendah pada guard company asal boleh ajer....pengalaman saya sebagai pegawai sedih tgk diaorg nie apa ler kerajaan buat

    ReplyDelete

Member BSK