Jumlah Pengunjung

Monday 30 September 2013

ADA AHLI PAS YANG TAK SANGGUP JADI BABI DAP !!!




Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak rela membiarkan parti itu menjadi 'pak sanggup' dalam segala isu dan kecelaruan yang melanda sekutu-sekutunya di dalam pakatan pembangkang.
Ahli Pas Cawangan Kampung Binjai, Kepala Batas Pulau Pinang, Mahzan Zahid, 34, berkata, imej Pas turut terjejas dengan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Beliau yang menganggotai Pas sejak 12 tahun lalu memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilanda krisis perebutan kuasa terutama di Selangor.

"Selain itu, kita mempunyai masalah dengan PKR dan DAP di semua negeri khususnya dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
"Saya berasa amat malu kerana masalah-masalah yang berlaku itu menunjukkan Pas tidak mempunyai persefahaman dan keserasian dengan DAP serta PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahzan mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptama Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kedah pada 14 September lalu yang mencadangkan jawatankuasa khas ditubuhkan segera bagi mengkaji kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Tambah beliau, saranan tersebut menunjukkan Harun ingin melihat Pas dihormati kawan dan lawan.
Jelasnya, Harun amat mengambil berat dan meneliti cadangan-cadangan yang dibentangkan para ulama pada multaqa tersebut.

"Saya menyokong sepenuhnya saranan Harun agar parti mengkaji semula tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang sememangnya perlu dilakukan selepas Pas kehilangan sokongan pada PRU-13," ujarnya.






No comments:

Post a Comment

Member BSK