Jumlah Pengunjung

Monday 9 September 2013

SIMBOL RAHSIA KONGSI GELAP BOCOR !!!





Setiap geng kongsi gelap yang disenaraikan sebagai pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai hierarki tersendiri dan boleh diibaratkan sebagai organisasi terancang.
Difahamkan, pelbagai gelaran ‘eksklusif’ dimiliki kumpulan kongsi gelap itu bagi membezakan pangkat atau jawatan setiap ahli kumpulan.


Panggilan ataupun gelaran itu berbeza mengikut kaum, namun ada satu istilah yang sama digunakan bagi semua kumpulan kongsi gelap seluruh negara iaitu ‘sifu’ ataupun ‘sensei’.
Menurut sumber kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), gelaran ‘sifu’ itu diberikan kepada mereka yang mengajar ‘signal’ ataupun isyarat kepada ahli kumpulan masing-masing.


“Setiap kumpulan mempunyai panggilan eksklusif terhadap ketua masing-masing dan ia berbeza mengikut kaum. “Contohnya, kumpulan kongsi gelap Melayu seperti Geng 77, Tiga Line dan 30 panggilan Ayahanda diberikan kepada ketua, Abang Long (Orang Kanan) dan Abang Ngah (Orang Kiri).


“Bagi kumpulan kongsi gelap bagi kaum Cina istilah ‘Tai Long’ atau ‘Taiko’ digunakan manakala bagi kaum India pula gelaran digunakan ialah ‘Don’, ‘Thale’ atau ‘Mande’,” katanya.
Gelaran itu juga melambangkan kekananan atau tahap hireraki seseorang itu dalam geng kongsi gelap dianggotai mereka.


Sumber itu berkata, setiap geng kongsi gelap ada upacara tersendiri ketika melantik ketua kumpulan masing-masing.
“Selepas upacara sulit merangkumi angkat sumpah itu berlangsung, mereka yang dilantik akan diberikan watikah ataupun surat pelantikan,” katanya.


Perkara ini terbukti apabila serbuan polis ke sebuah studio muzik di Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin menemui satu ‘watikah’ atau surat pelantikan untuk pangkat ‘ayahanda’ dari geng kongsi gelap dipercayai 77.


Sumber itu berkata, polis turut menahan tiga lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap berdasarkan tatu yang ditemui di badan dan lengan mereka.


“Selain watikah pelantikan sebagai ayahanda, polis turut merampas beberapa senjata termasuk pedang samurai dan pisau di studio berkenaan,” katanya.


Menurutnya, dalam serbuan di Taman Usahawan Kepong pula, polis menahan seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih serta menemui 10 peluru di dalam poket seorang daripada mereka.


“Susulan penemuan kelopak berisi peluru itu, satu serbuan dilakukan di Sri Damansara sebelum pihak berkuasa menemui tiga lagi pistol yang disembunyikan di dalam apartmen berkenaan,” katanya.


Dalam Op Cantas Khas bermula jam 12.30 tengah malam kelmarin hingga jam 6 pagi semalam itu, seramai 23 orang termasuk enam dipercayai ahli kongsi gelap ditahan di ibu kota.


Penahanan semua mereka disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.


Beliau berkata, beberapa pistol, peluru, pedang samurai dan pisau turut dirampas dalam operasi berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejayaan berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Member BSK