Jumlah Pengunjung

Sunday 8 September 2013

DI LIWAT GENG KONGSI GELAP SAMPAI PENGSAN !!!



Empat lelaki yang terbabit mengurung seorang wanita di sebuah hotel di Brickfields, di sini, antara 262 orang yang ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur sejak 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat setelah mangsa, 19, yang dikurung di bilik hotel berkenaan selama beberapa hari dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis minggu lepas.

"Daripada laporan itu, polis menahan empat lelaki terbabit dan didapati tiga daripada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Chai Khin Chung, yang bertukar ke negeri asalnya di Sarawak sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Sarawak, menyerahkan tugasnya kepada Datuk Aidi Ismail, yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Logistik II Bukit Aman.

Mohmad berkata, 262 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah, ditangkap di sekitar Brickfields, Cheras, Sentul dan Dang Wangi serta kesemua mereka berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Mohmad berkata, daripada jumlah itu, 14 orang adalah ketua dan anggota kumpulan kongsi gelap 08, 36 dan 77, iaitu antara 49 pertubuhan diharamkan kerajaan pada 29 Ogos lalu mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Daripada 262 itu juga, 163 orang masih ditahan, 47 individu dibawa ke mahkamah, 25 orang dibebaskan dengan jaminan polis dan 27 dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesalahan.

Daripada tangkapan itu, polis turut merampas sembilan bilah parang, tiga bilah pisau, sebilah sabit, dua batang besi panjang, sembilan jam tangan, tiga topi keledar, lima kamera, dua buku bank, dua plat nombor kenderaan dan dua pasport.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapati satu daripada pasport Malaysia yang dipercayai dipalsukan apabila menggunakan gambar lelaki berbangsa India tetapi namanya adalah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Yap Kian Lee.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula tiga minggu lalu di seluruh negara, PDRM menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, sebutir bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya. - BERNAMA










No comments:

Post a Comment

Member BSK