Jumlah Pengunjung

Wednesday 4 September 2013

HARAKAH PON TAHU SEBAB KENAIKAN HARGA MINYAK ...!

Di saat riuh rendah pihak penyokong PR mengatakan Kerajaan Malaysia yang di tadbir BN zalim atas sebab menaikkan harga minyak RON 95 sebanyak RM0.20 berkuat kuasa hari ini, Pisau Kedah tertarik dengan satu berita yang disiarkan akhbar lidah rasmi PAS berkenaan harga minyak.



Dalam akhbar Harakah pada keluaran 23-25 Ogos 2013, Harakah mengakui "Harga Minyak Naik Akibat Krisis Mesir".. Kalau tak percaya.. Boleh pegi cari balik keluaran tersebut dan baca.

Dalam keadaan harga minyak yang naik mendadak di atas faktor krisis Mesir dan ancaman Amerika menyerang Syria. Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos SUBSIDI begitu tinggi untuk menampung keperluan minyak yang di gunakan rakyat Malaysia setiap hari. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kos SUBSIDI meningkat berkali ganda apabila nilai mata wang RM jatuh lebih rendah berbanding nilai Dolar. 

Untuk pengetahuan semua.. Minyak yang di jual menggunakan harga Dolar se-tong (Mengikut Pasaran Dunia). Maka harga minyak meningkat di ketika nilai mata wang RM jatuh.

Sekiranya akhbar Harakah yang sememangnya anti kepada pentadbiran kerajaan di bawah BN boleh menjadi rasional di sebabkan kenaikan harga minyak .. Mengapa penyokong PR tidak boleh berfikiran rasional juga ?

Walau bagaimana pun dalam keadaan kos harga minyak yang meningkat.. Kerajaan melalui Kementerian KPDNKK perlu memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang di sebalik tekanan kos harga minyak naik yang terpaksa di tanggung rakyat.


No comments:

Post a Comment

Member BSK