Jumlah Pengunjung

Wednesday 18 September 2013

POLIS MALAYSIA HARAMKAN TANAM CHIN PENG DI TANAH MELAYU !!! TAHNIAH...



Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas tidak akan membenarkan mayat pemimpin pasukan gerila Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini hatta abu bekas setiausaha agung parti itu sekalipun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, mahkamah sebelum ini telah memutuskan Chin Peng bukan lagi warganegara Malaysia selepas dia menyertai pasukan gerila, PKM.

"Susahlah kalau hendak membenarkan semua bukan warganegara yang telah mati ditanam di sini (Malaysia). Saya percaya Chin Peng gembira jika disemadikan di negara yang paling lama dihuni," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng disemadikan di negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.

Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.









No comments:

Post a Comment

Member BSK