Jumlah Pengunjung

Saturday 28 September 2013

MAT YO PENGECUT... LARI NAMPAK WARTAWAN ???




Penyerang Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo terus 'membisu' daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan isterinya yang didakwa memaki hamun dan mengasari seorang pengawal keselamatan baru-baru ini.

Usaha wartawan untuk menemuramah Mat Yo yang hadir pada sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini petang ini bagaimanapun hampa apabila penyerang sensasi itu memberi alasan sudah terlambat untuk sesi latihan berkenaan.

"Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan),'' katanya ringkas.

Wartawan yang sekali cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemain tersebut sebaik tamat sesi latihan gagal apabila Mat Yo yang diiringi dua pengawal keselamatan terus berlalu pergi bersama kereta Mini Cooper berwarna putih miliknya itu.

Insiden kekecohan membabitkan isteri Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada 12 September lalu tersebar meluas di media sosial baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 54 saat itu turut menampakkan wajah Mat Yo yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Kejadian itu dipercayai berpunca apabila pengawal keselamatan berkenaan meminta pasangan tersebut mengalihkan kenderaan yang dinaiki mereka kerana berada di kawasan yang tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, imej wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman yang dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.

Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis.



pada yg tak tengok video lagi boleh klik sini...



No comments:

Post a Comment

Member BSK