Jumlah Pengunjung

Friday, 20 September 2013

PANAS... DJ RADIO KENA TIKAM !!!



Seorang deejay sambilan di stesen radio RaSa FM Sri Aman cedera parah akibat ditikam seorang penyamun yang memecah masuk kediamannya di flat Sri Jaya Park di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Samei Epat, 31, atau lebih dikenali sebagai DJ Sam cedera parah di rusuk kanan dan perut selepas ditikam dengan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, sebelum kejadian, suspek yang bersenjatakan pisau memecah masuk kediaman mangsa di tingkat satu flat tersebut.
Katanya, kehadiran suspek disedari mangsa menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum penjenayah itu menikamnya beberapa kali.

"Polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan orang awam dan menemukan mangsa yang berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tercacak di badannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini,

Mat Jusoh dalam pada itu memberitahu, suspek sempat mengambil sebuah komputer tablet milik mangsa sebelum melarikan diri.
"Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya.


psstt...  Sory yer... gambar fafau kt atas tu xde kene mengena dedngan ini cerita pon...  gambar betul kt bawah yer...

Samei Epat yang cedera parah di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Sri Aman, semalam.





No comments:

Post a comment

Member BSK