Jumlah Pengunjung

Thursday, 12 September 2013

ANGGOTA POLIS DI TIKAM DENGAN PISAU, ADA KE PEMBANGKANG PEDULI ???



Bila bercakap tentang pengorbanan dalam tugasan setiap anggota polis, adakah kita pernah terfikir jika kita berada di tempat mereka. Sanggupkah kita melaluinya demi untuk menjaga keamanan hidup rakyat malaysia. Kita hanya tahu mencemuh mereka dan berkata polis malaysia ini mengamalkan rasuah, adakah semua polis malaysia begitu ? Bagi aku seeloknya kita lihat dahulu kesemua tingkah laku adik beradik kita, tidak semua yang sempurnakan ? ada yang elok dan ada yang tak elok. Jadi apa perasaan kita sekiranya kita di perkatakan begitu oleh orang ramai. Bila terjadi pada anggota polis pada kisah di bawah adakah kita merasa kasihan terutamanya pihak pembangkang yang selalu menghasut rakyat malaysia untuk terus membenci anggota polis. 

Maaf tujuan aku menulis artikel ini hanyalah sekadar untuk kita sentiasa sedar akan tanggungjawab anggota polis sebenarnya. jadi fikir-fikirkan...

Seorang Sarjan polis cedera selepas ditikam dengan keris oleh seorang suspek kes pecah rumah di Felda Umas 4 di sini.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ini ketika anggota berkenaan bersama tiga rakan yang lain cuba menangkap suspek di hadapan sebuah kedai koperasi.
"Semasa pergelutan itu, suspek menikam mangsa beberapa kali sehingga dia mengalami kecederaan di siku, lutut, jari dan perut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, polis berjaya memberkas suspek dan merampas sebuah komputer riba serta motosikal daripadanya yang disyaki dicuri.
Dalam perkembangan lain, Awang Besar berkata, polis memberkas sembilan orang pendatang tanpa izin di tiga lokasi semalam.
Mereka ditahan dalan sekatan jalan raya di Jambatan Putih, Jalan Kuhara dan Jalan Apas.
Seramai 12 individu termasuk seorang penjawat awam yang positif dadah turut ditahan dalam operasi itu, katanya. - BERNAMA




Psstt...  jaga-jaga... ada blogger budak biadap suka copy paste cite org tak beri kredit... apa hang ingat bapak hang yg tulis kt blog aku ni ke ?  talam dua muka... 

No comments:

Post a Comment

Member BSK