Jumlah Pengunjung

Thursday 5 September 2013

DAVID TEO TIDAK SABOTAJ FILEM KL GANGSTER 2 ...




Filem KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan Oktober ini antara sebahagian daripada 200,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak yang dirampas oleh Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Sabah (Kementerian Dalam Negeri) di sini hari ini.

Pengarahnya, Ahmad Hilmi Said berkata, rampasan terbesar pada tahun ini membabitkan nilai kira-kira RM1.4 juta itu dipercayai untuk pasaran seluruh Sabah.

Beliau berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi di sebuah rumah dua tingkat di Taman Suvuang di sini, pihaknya turut menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang berusia dalam lingkungan usia 30-an bagi membantu siasatan.

"Pihak kita telah membuat risikan selama tiga minggu dan hasil maklumat orang awam, akhirnya berjaya mengesan sebuah rumah jenis dua tingkat di lokasi terbabit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti haram tersebut.

"Kesemua DVD filem terbaharu, termasuk lucah itu tidak mempunyai kelulusan di bawah Lembaga Penapisan Filem. Kita juga merampas 30 unit kelengkapan canggih yang dipercayai digunakan bagi memproses DVD cetak rompak di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Ahmad Hilmi, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram itu supaya menyalurkan maklumat kepada pihaknya atau pihak berkuasa lain bagi dilaksanakan tindakan susulan.



psstt....   Filem David Teoh tak pernah kena macam ni pon...  Maklum la.. pasaran DVD Haram ni kan di kuasai oleh bangsa Cina...  ( Kalau Tak Tipu Bukan Cina La Namanya....)








No comments:

Post a Comment

Member BSK