Jumlah Pengunjung

Saturday 21 September 2013

HARUN TAIB RESAHKAN DAP DAN PKR !!!



Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib terus mendapat sokongan kuat dalam kalangan ahli akar umbi berhubung saranannya agar parti tersebut mengkaji semula tahaluf siyasi dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Aktivis Pas, Saiful Azhar Syukri berkata, cadangan tersebut adalah tepat memandangkan majoriti ahli akar umbi Pas kini mula mempersoalkan kredibiliti DAP terutama berhubung ketelusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Saranan Harun tersebut membantu parti untuk berada di landasan yang betul. Kami akar umbi terharu kerana segala keluh-kesah sebelum ini disampaikan beliau ke perhatian kepimpinan tertinggi parti dan rakyat.
"Adakah kita akan terus menjadi kuda tunggangan Anwarinas dan DAP atau sebaliknya, mengubah perkara ini," katanya di sini hari ini.

Harun dalam ucaptamanya ketika Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia di Kedah baru-baru ini, mencadangkan supaya Pas segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.
Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Pas menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula ekoran kemerosotan sokongan pengundi Melayu.

Mengulas lanjut kata Saiful Azhar, ketegasan Dewan Ulama Pas menegakkan saranan tersebut adalah penting dalam memastikan kegelisahan akar umbi mendapat perhatian umum.
"Selaku ahli Pas, saya menyambut baik saranan ini namun begitu, saya terkejut apabila ia dipertikaikan kepimpinan tertinggi parti sendiri selain dari PKR dan DAP," katanya.







No comments:

Post a Comment

Member BSK